Artikel Terkini

Penyanyi Britain sunting Diana — MYKMU.NET

Penyanyi Britain sunting Diana — MYKMU.NET
Penyanyi Britain sunting Diana — MYKMU.NET 1

Penyanyi Britain sunting Diana — MYKMU.NET

Penyanyi Britain sunting Diana

Siapa tidak teruja apabila menjadi pilihan artis antarabangsa untuk merakamkan single duet.

Begitulah dirasai aktres jelita, Diana Danielle yang makin rancak mencari tapak dalam dunia nyanyian apabila bintang kelahiran program realiti, British Got Talent, Calum Scott, memilihnya untuk merakamkan semula lagu Heaven versi duet.

Bagai perumpamaan ‘rama-rama terbang dalam perut’, itulah yang dirasakan Diana apabila Scott mengaku memilihnya selepas tertawan dengan vokal Diana ketika menyanyikan lagu Heaven melalui TikTok.

Aktres berusia 30 tahun itu menyifatkan dirinya bertuah apabila menjadi salah seorang daripada empat wakil Asia Tenggara yang dipilih penyanyi dari Britain itu untuk berduet.

Diana menganggap peluang itu umpama bulan jatuh ke riba.

“Saya sangat terkejut dan teruja apabila Scott memilih saya mewakili Malaysia menyanyikan Heaven bersamanya.

“Walaupun rakaman dijalankan secara berasingan, saya tetap teruja. Malah, saya tidak sabar menantikan video muzik single ini.

“Kali pertama mendengar lagu Heaven, saya sangat tertarik. Melodinya melekat dalam kepala dan boleh dikatakan lagu itu menghantui saya setiap masa.

“Tidak kira waktu, baik sedang makan, memandu hatta dalam tandas,” katanya kepada BH Online.

Justeru, tidak hairan apabila diberitahu bakal berduet dengan Scott, ibu kepada dua cahaya mata itu sangat gembira.

Penyanyi Britain sunting Diana — MYKMU.NET 3

Malah, tambah Diana, lirik lagu Heaven cukup kena dengan anak perempuannya yang berusia enam tahun, Nur Aurora Farid Kamil.

“Saya tujukan Heaven buat Aurora. Setiap kali lagu itu bermain dalam fikirkan, pasti wajah anak perempuan saya muncul.

“Setiap kali menatap wajahnya, saya seolah-olah mendapat jawapan yang dia adalah ‘syurga’ dalam hidup saya,” katanya.

Diana menganggap projek rakaman duet Heaven menarik kerana dapat memperkenalkan Asia Tenggara di mata dunia.

“Projek ini dapat memperkenalkan budaya Malaysia, Filipina, Vietnam dan Indonesia kepada dunia,” katanya.

Sementara itu, Scott sangat teruja dapat berduet dengan empat penyanyi dari Asia Tenggara dan mendekatkan dirinya dengan peminat di rantau ini.

Scott memilih merakamkan semula single Heaven secara duet bagi membalas sokongan peminat Asia Tenggara sejak mula beraksi dalam program realiti sehingga sekarang.

Pada sesi temubual secara maya baru-baru ini, Scott memaklumkan bakal meluncurkan album kedua berjudul Bridges pada 17 Jun ini.

Selain Diana yang mewakili Malaysia, Heaven versi duet dirakamkan Scott bersama Darren Espanto dari Filipina, Hoang Duyen (Vietnam) dan Lyodra (Indonesia).

Heaven versi duet dilancarkan hari ini bersama muzik video rasmi pada jam 8 malam. BH

Penyanyi Britain sunting Diana


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Penyanyi Britain sunting Diana — MYKMU.NET 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list