Artikel Terkini

Penyelesaian situasi menang-menang perlu dalam isu bekalan, harga ayam: Aminuddin

Penyelesaian situasi menang-menang perlu dalam isu bekalan, harga ayam: Aminuddin
Penyelesaian situasi menang-menang perlu dalam isu bekalan, harga ayam: Aminuddin 1

SEREMBAN, 4 Rejab 1443H, Ahad – Perbincangan dan penyelesaian situasi menang-menang antara penternak dan pengeluar dengan kerajaan Persekutuan perlu dicapai dalam memastikan kestabilan isu bekalan dan harga ayam mentah di negara ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kos operasi tinggi menyebabkan segelintir pengeluar atau penternak enggan mematuhi ketetapan harga yang diumumkan kerajaan pada kadar RM8.90 sekilogram (kg).

“Penetapan harga ini dipercayai tidak dapat menampung kos operasi pengeluar dan penternak dan ini sudah tentu akan memberi kesan dari segi bekalan ayam seperti mana yang berlaku membabitkan kekurangan bekalan telur ayam ketika ini.

“Kita minta perkara ini dibincangkan di peringkat kementerian bersama pembekal makanan, penternak dan pengusaha supaya mencari jalan penyelesaian perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Sepak Takraw Piala Menteri Besar Negeri Sembilan 2022, di Pusat Sukan Paroi, di sini.

Aminuddin berkata, kerajaan negeri tidak mampu untuk memberikan subsidi kepada pengguna dan ini pastinya akan membebankan rakyat keseluruhannya.

Semalam, tinjauan Bernama di beberapa pasar sekitar daerah ini mendapati rata-rata peniaga menetapkan harga ayam sekitar RM8.50 sehingga RM8.90, namun ada segelintir daripadanya menjual RM9.00 sekilogram.

Sebelum ini, media melaporkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerajaan menetapkan harga runcit bagi ayam standard pada RM8.90 berkuat kuasa semalam hingga 5 Jun depan bagi menjamin kestabilan harga ayam dan harga makanan berkaitan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Penyelesaian situasi menang-menang perlu dalam isu bekalan, harga ayam: Aminuddin 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list