Artikel Terkini

“Pesakit bukan penjenayah.” – Syed Saddiq mohon maaf terlepas pandang mesej pertolongan Yasin

“Pesakit bukan penjenayah.” – Syed Saddiq mohon maaf terlepas pandang mesej pertolongan Yasin
"Pesakit bukan penjenayah." - Syed Saddiq mohon maaf terlepas pandang mesej pertolongan Yasin 1

Pada bulan lalu, kecoh mengenai berita penangkapan bekas penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman atas dua pertuduhan menanam 17 pokok disyaki ganja dan mengedar dadah jenis sama selepas kondominiumnya diserbu pihak berkuasa.

Sejak penahanan Yasin Sulaiman diberitakan, ramai yang baru tahu bahawa penyanyi dan komposer tersebut merupakan penghidap bipolar serius sejak tahun 2009.

Lantaran itu, ramai pihak tampil mempertahankan Yasin kerana  bimbang akan tahap kesihatan selebriti itu sekiranya tidak diberi rawatan sewajarnya.

Perkara ini termasuklah mendapat perhatian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang lantang bersuara memperjuangkan penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan.

Syed Saddiq dilihat memuat naik beberapa kepingan gambar berjumpa keluarga penyanyi nasyid itu di laman Instagram, hari ini.

Pada masa yang sama, beliau meluahkan kesalan kerana terlepas pandang mesej yang ditulis oleh Yasin di laman Facebook milik penyanyi itu.

“Tadi saya sempat berjumpa dengan keluarga Yasin. Saya mohon maaf kepada saudara Yasin sebab terlepas pandang hantarannya pada Oktober lepas.” tulisnya.

Tegas mantan Menteri Belia dan Sukan itu, dia mempertahankan Yasin atau nama sebenarnya, Mohamad Yasin Sulaiman atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja yang akan berdepan hukuman gantung sampai mati.

Tambahnya, tindakan itu bukanlah atas kasihan mengenai tragedi yang menimpa penyanyi itu, sebaliknya untuk orang lain yang memerlukan kanabis sebagai alternatif perubatan.

“Saudara Yasin yang kita kenal ini baru satu, tapi ada banyak lagi ‘Yasin’ yang kita tak kenal mungkin dah dihukum dan tidak mendapat rawatan yang betul,” tulisnya.

"Pesakit bukan penjenayah." - Syed Saddiq mohon maaf terlepas pandang mesej pertolongan Yasin 2

Selain itu, Syed Saddiq mengatakan ibunya,Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz meminta dirinya membantu keluarga Yasin dan saudara yang senasib dengan penyanyi tersebut.

Ini kerana mereka semua memerlukan ubat yang terbaik bagi merawat kesihatan dan ia melibatkan antara hidup dan mati.

“Mama saya pun merayu, mohon bantu saudara Yasin. Saya ada jumpa ibu bapa yang terpaksa beli CBD dari luar negara untuk anak-anak mereka. Doktor-doktor pun ada cuba bantu dapatkan CBD untuk pesakit.

"Pesakit bukan penjenayah." - Syed Saddiq mohon maaf terlepas pandang mesej pertolongan Yasin 3

Lebih menyedihkan apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga sudah mengeluarkan kanabis daripada senarai narkotik dan undang-undang pengharaman perubatan kanabis sudah lapuk

“Realitinya, apabila cakap mengenai rokok, rokok membunuh lapan juta orang setiap tahun, di Malaysia sahaja 27,000. Alkohol pula tiga juta kematian setiap tahun.

“Tapi apabila bercakap hal kanabis untuk perubatan, tiba-tiba ia menjadi satu ‘taboo’ dan tindakan hukuman undang-undang dikenakan. Ingat, pesakit bukan penjenayah!,” ujarnya.

"Pesakit bukan penjenayah." - Syed Saddiq mohon maaf terlepas pandang mesej pertolongan Yasin 4

Sumber: Instagram @syedsaddiq


"Pesakit bukan penjenayah." - Syed Saddiq mohon maaf terlepas pandang mesej pertolongan Yasin 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list