Artikel Terkini

Petir Paling Panjang Direkod Saintis

Petir Paling Panjang Direkod Saintis
Petir Paling Panjang Direkod Saintis 1

Harap sangat kalian tidak salah baca tajuk. Boleh salah bab lain. Jangan sesekali salah bab agama dan tajuk artikel ini. Sebab kami tegaskan balik, ini pasal PETIR paling panjang.

PETIR tu ada T. Dan jujur cakap, petir sudah lama menjadi sebahagian daripada jiwa sejarah. Banyak budaya melihat petir melalui pancaindera kepercayaan, kononnya sambarannya sejenis murka dewa-dewi atau sekarang Tuhan.

Ada yang tengok petir melalui jendela falsafah, seperti Trista Ray: “petir memanah bumi dengan guruh mendentumkan maut… tetapi diam saja bumi terimanya, sesuatu yang mengajar kita bahawa hidup boleh mencabar kita tetapi jangan sesekali kita mencabar hidup.”

Ada yang terbayang jika petir boleh dilombong untuk menjana bekalan elektrik secara percuma.

Petir besar di Uruguay.

Itulah keindahan petir, suatu manfaat pada manusia. Tetapi manfaat ini berselingan dengan sedikit cabaran silamm kerana petir pernah dilihat sebagai mukjizat Sang Zeus yang merajai alam.

Bodoh benar “raja sekalian alam” dengan nafsu bertumpah sana sini macam beruk kena Viagra. Namun itulah budaya Yunani.

Ada budaya lain yang turut menjulang petir. Tetapi persoalan sekarang: kenapa petir panjang pendek?

Tingkatan Awan Yang Menentukan Petir

Salah satu persoalan menarik adalah mengenai perlombongan petir. Logiknya ada. Tetapi caranya tiada. Berdasarkan maklumat daripada pihak Pejabat Metropolitan United Kingdom, kilat menyambar lebih daripada 1.4 bilion kali setahun… senang cakap 44 kali setiap saat.

Walau bagaimanapun hanya 25 peratus sahaja yang menyentuh bumi. Selebihnya iaitu 1.05 bilion berselirat pada langit dan takkan sesekali boleh dilombong. Jadi kena tengok yang 25 peratus itulah.

Sebab mereka saja yang menyambar bumi. Cuma itulah – anggaran kos untuk membangunkan sebuah rangkaian perlombongan yang relevan dijangka mencecah AS$87.50 trilion (Adlparvar, 2015).

Jadi tutup cerita awal-awal: petir tidak boleh dilombong. Tetapi petir masih lagi ada kegunaan.

Petir menyambar apabila elektron negatif berhubung dengan proton positif. Sambarannya begitu dahsyat, boleh cecah 28,000°C… jauh lebih panas untuk dibandingkan dengan suhu permukaan Matahari.

Selalunya aktiviti petir berlaku pada awan kumulonimbus yang sangat tinggi dan padat (Cotton, et al., 2011). Awan ini pula berapungan dengan tapaknya saja dalam lingkungan dua kilometer di atas bumi… manakala puncaknya boleh cecah 15 kilometer.

Kewujudan petir buat masa sekarang membantu dari segi alam sekitar. Ia mengeluarkan gas nitrogen untuk kegunaan planet (Lorch, n.d.). Itulah sebab hujan berpetir mengandungi kandungan nitrogen lagi tinggi untuk dibandingkan dengan hujan biasa.

Ukuran Petir Itu Sendiri

Panjang kebanyakan petir yang menyambar adalah dalam lingkungan 3.2 kilometer hingga 4.8 kilometer. Namun begitu, petir ini kecil untuk dibandingkan dengan petir-petir gergasi. Bayangkan satu petir yang boleh merekah langit Kedah sampai Selangor.

Contoh petir di langit.

Tidak percaya? Tengok kajian Myron Ligda, seorang pakar meteorologi di Texas. Dengan menggunakan teknologi radar, beliau mengesahkan kewujudan petir bersaiz 160 kilometer panjang (Bryce, 2022).

Pada tahun 2007, Oklahoma menyala dengan petir 322 kilometer panjang. Selama 10 tahun, negeri ini memegang rekod sebelum dipecah sang gergasi yang melintasi Texas, Oklahoma dan Kansas.

Jarak antara tiga negeri ini memang luas. Petir itu sendiri pula bersaiz 500 kilometer… salah satu petir paling panjang direkod saintis.

Kalau cakap “salah satu”, memang bukan “petir paling panjang” jawabya. Saintis menyangka raja petir muncul di langit Brazil demikian hari kebetulan pula masa Halloween 2018.

Sepanjang 709 kilometer ia menyala, barangkali memanah syaitan paling gemuk yang tengah teguk cachaca. Tetapi itu bukan raja petir.

Texas sekali lagi merampas takhta raja petir apabila sebuah petir gergasi menyala langitnya dengan saiz 768 kilometer.

Apa yang pasti di sini: selagi ada cas negatif/positif, selagi itulah petir akan bergerak.

RUJUKAN:

Adlparvar, P. (2015, April 8). Why can’t we extract electricity from lightning? Independent UK.

Bryce, E. (2022, April 9). What’s the longest lightning bolt ever recorded? Live Science.

Cotton, W., et al. (2011). Chapter 8 – Cumulonimbus Clouds and Severe Convective Storms. International Geophysics. 99: 315-454.

Lord, M. (n.d.). Why does thunderstorm rain contain more nitrogen than ordinary rain? Science Focus.

Petir Paling Panjang Direkod Saintis 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list