Artikel Terkini

PM suarakan pendirian negara terhadap Kemboja menerusi persidangan video

PM suarakan pendirian negara terhadap Kemboja menerusi persidangan video
PM suarakan pendirian negara terhadap Kemboja menerusi persidangan video 1

Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia telah mengadakan satu persidangan video dengan Tuan Yang Terutama Samdech Akkha Moha Sena Padei Techo Hun Sen, Perdana Menteri Kemboja pada 25 Januari 2022 susulan permintaan daripada pihak Kemboja.

Semasa panggilan telefon tersebut, PM mengucapkan tahniah kepada Kemboja setelah mengambil alih Kepengerusian ASEAN 2022 dan mengucap terima kasih kepada TYT Hun Sen kerana berkongsi maklumat berhubung perkembangan terkini di Myanmar.

PM suarakan pendirian negara terhadap Kemboja menerusi persidangan video 2

Terdapat tiga perkara ditekankan antaranya keperluan meredakan keadaan di Myanmar dan menghentikan keganasan terhadap orang awam. 

Kedua, mengadakan dialog politik di antara semua pihak yang berkaitan demi kepentingan rakyat Myanmar, dan menyeru pembebasan segera kesemua tahanan politik tanpa sebarang syarat, termasuk Aung San Suu Kyi dan U Win Myint. 

Ketiga, meneruskan bantuan kemanusiaan melalui ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on disaster management (AHA Centre) dengan sokongan Negara-negara Anggota ASEAN dan rakan- rakan luar ASEAN.

Difahamkan, PM turut menyatakan sekali lagi pendirian Malaysia agar Utusan Khas Pengerusi ASEAN mengenai Myanmar diberikan akses kepada semua pihak yang berkenaan dalam usaha mencari penyelesaian secara aman demi kepentingan rakyat Myanmar. 

Dalam hal ini, Malaysia menyokong perlantikan TYT Prak Sokhonn sebagai Utusan Khas yang baharu. 

PM suarakan pendirian negara terhadap Kemboja menerusi persidangan video 3

Turut ditekankan, Malaysia kekal komited dan menyokong usaha ASEAN ke arah menyediakan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Myanmar.

Berhubung keputusan ASEAN untuk menjemput wakil bukan politik dari Myanmar untuk menyertai mesyuarat peringkat tertinggi ASEAN, Malaysia menegaskan bahawa pendirian Malaysia kekal tidak berubah selagi tiada perkembangan nyata dan pelaksanaan sepenuhnya Kemuafakatan Lima Perkara (5PC).

PM suarakan pendirian negara terhadap Kemboja menerusi persidangan video 4

Selain itu, pandangan disuarakan adalah berkenaan cadangan langkah untuk menangani situasi di Myanmar perlu dibincang dan diperhalusi dengan lebih lanjut di peringkat Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN dan Pegawai-pegawai Kanan ASEAN. 

Malaysia bersetuju dengan cadangan Pengerusi ASEAN supaya Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN diadakan segera.

Sokongan Malaysia terhadap Kepengerusian Kemboja dan inisiatif-inisiatif untuk terus membangunkan Kominiti ASEAN dan memajukan ASEAN di peringkat serantau dan antarabangsa juga berikan. 


PM suarakan pendirian negara terhadap Kemboja menerusi persidangan video 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list