Artikel Terkini

PRN Johor: DAP umum 2 lagi calon di DUN Stulang dan Johor Jaya

PRN Johor: DAP umum 2 lagi calon di DUN Stulang dan Johor Jaya
PRN Johor: DAP umum 2 lagi calon di DUN Stulang dan Johor Jaya 1

PRN Johor: DAP umum 2 lagi calon di DUN Stulang dan Johor Jaya
Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Andrew Chen Kah Eng memenangi kerusi DUN Stulang dengan majoriti 12,470 manakala Liow Cai Tung, majoriti 15,565 undi di Johor Jaya.

JOHOR BAHRU: DAP mengumumkan dua lagi calon parti itu untuk bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri (PRN) Johor, 12 Mac depan.

Kedua-dua mereka ialah Andrew Chen Kah Eng dan Liow Cai Tung, masing-masing penyandang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang dan Johor Jaya.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam dua majlis berasingan di sini sekali gus menjadikan setakat ini enam calon dari DAP diumum bertanding pada PRN Johor.

Lim berkata, pemilihan Chen bagi memberi peluang kepadanya untuk meneruskan khidmat di DUN Stulang manakala Liow merupakan seorang wanita muda yang bersemangat berkhidmat kepada rakyat.

Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Chen memenangi kerusi DUN Stulang dengan memperoleh majoriti 12,470 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Ang Boon Heng, sementara Liow menewaskan Tan Cher Puk (BN) dengan majoriti 15,565 undi.

DAP sebelum ini mengumumkan calon daripada parti itu yang akan bertanding atas tiket PH iaitu di kerusi DUN Tangkak, Paloh, Mengkibol dan Penggaram.


PRN Johor: DAP umum 2 lagi calon di DUN Stulang dan Johor Jaya 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list