Artikel Terkini

PRN Johor: Kestabilan Atau Kuasa?

PRN Johor: Kestabilan Atau Kuasa?
PRN Johor: Kestabilan Atau Kuasa? 1

Sekali lagi, kita terpaksa berhadapan dengan satu lagi Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam penggal Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Tidak pernah dalam sejarah Malaysia, berlaku PRN melibatkan empat negeri (Sabah, Melaka dan Sarawak sebelum ini, dan kini Johor pula) dalam satu penggal pemerintahan kerajaan Persekutuan. Dengan krisis politik yang masih tidak nampak hujung pangkalnya, tidak mustahil juga jika ada PRN lain berlaku sebelum penggal kerajaan Persekutuan tamat pada tahun 2023 dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlaku.

Apa yang merunsingkan, negara masih lagi berdepan dengan ancaman Covid-19 yang tidak berhenti ‘memperkenalkan’ varian-varian baharu yang lebih merbahaya dari asal. Di saat kita cuba sedaya mungkin mengelak dari berlakunya pergerakan dan perhimpunan berskala besar, PRN Johor sama seperti PRN di negeri lain sebelum ini tidak mustahil bakal menyaksikan perlanggaran SOP secara berleluasa. Dan ketika negara sedang pulih dari pandemik dan ekonomi kembali bertatih, jutaan wang ringgit terpaksa pula dibelanjakan untuk menjalankan proses pilihan raya. Wang yang sepatutnya lebih baik dilaburkan untuk membantu rakyat dalam kesempitan dan merancakkan kembali ekonomi.

Dongeng Kestabilan

Sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan, komposisi dewan terdiri dari 28 kerusi kerajaan Barisan Nasional-Perikatan Nasional (BN dan PN) berbanding 27 kerusi pembangkang Pakatan Harapan (PH). Satu kerusi DUN iaitu N47 Kempas adalah kosong setelah penyandangnya, Osman Sapian meninggal dunia pada 21 Disember 2021.

Dengan 28 kerusi, kerajaan negeri BN-PN sebenarnya adalah kerajaan minoriti namun masih mempunyai kelebihan satu kerusi berbanding PH. Tetapi tanpa angin ribut atau taufan, DUN Johor tetap dibubarkan atas alasan menyerahkan kuasa memilih kepada rakyat untuk memberikan mandat baru demi tujuan kestabilan politik.

Namun sejauh mana dongeng kestabilan ini betul?

Berbeza dengan apa yang berlaku di Sabah atau Melaka, DUN Johor bubar tanpa ada insiden lompat parti. Kita memahami PRN Sabah pada tahun 2020 dan PRN Melaka pada tahun lepas berlaku setelah kerajaan negeri sedia ada kehilangan majoriti akibat berlakunya insiden lompat parti. Situasi ini memaksa kepada perlunya PRN di kedua negeri tersebut bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda.

Akan tetapi di Johor, majoriti kelebihan satu kerusi masih dimiliki dan tiada insiden lompat parti berlaku melainkan cakap-cakap kosong sebagai ugutan antara BN dan PN yang kini dalam fasa perang dingin. Dalam erti kata lain, kestabilan politik masih boleh dicapai sekiranya kedua blok politik dalam kerajaan negeri sepakat untuk meneruskan kesinambungan pentadbiran negeri dengan penggal pemerintahan yang berbaki hanya setahun lebih sahaja lagi. Malahan persefahaman yang wujud dengan blok PH selaku pembangkang boleh diteruskan bagi memastikan pentadbiran negeri kekal lancar tanpa sebarang gangguan.

Sayangnya, kestabilan sedia ada ini dihancurkan atas alasan perlunya untuk mencari kestabilan politik yang lebih kukuh. Setidaknya inilah alasan yang digunakan oleh UMNO dan BN dalam mereka cuba menjustifikasi perlunya PRN Johor diadakan di sebalik rakyat dan negara masih berdepan pandemik Covid-19 dan kemelesetan ekonomi pasca pandemik.

Tamak Kuasa

Realiti yang perlu kita sedari adalah, PRN Johor berlaku kerana UMNO khususnya tamak kuasa setelah enak dibuai kemenangan dalam PRN Melaka baru-baru ini. Malahan tidak keterlaluan juga untuk kita mengatakan bahawa keputusan PRN Sarawak yang memperlihatkan GPS menang besar turut membakar sentimen yang sama buat UMNO dan BN menguji ombak laut politik pada masa ini.

PRN Melaka telah memperlihatkan bagaimana BN berjaya ‘menyahkan’ PN dari pentadbiran kerajaan negeri setelah BN menguasai lebih 2/3 majoriti dalam DUN Melaka. Ia memberi mesej jelas bahawa peluang untuk BN membentuk kerajaan negeri secara sendirian tanpa perlu mengharapkan sokongan PN boleh berlaku di negeri lain sama seperti di Melaka. Dan satu-satunya negeri di mana kejayaan PRN Melaka boleh diulang kembali adalah di negeri jiran selatan Melaka itu sendiri iaitu Johor.

Justeru dongeng kestabilan politik dilunakkan sebagai alasan atau justifikasi perlunya PRN di negeri Johor. BN menggunakan hujah mengembalikan hak memilih kepada rakyat untuk memberikan mandat yang lebih jelas dan besar, walaupun helah sebenarnya adalah untuk memuaskan sikap tamak BN yang mahukan kuasa mutlak sebagai satu-satunya blok politik dalam kerajaan negeri Johor kelak.

Penting untuk kita melihat helah di sebalik dongeng kestabilan politik ini untuk kita sedar siapa yang sebenarnya tamak kuasa.

Apa lagi jika kita lihat kembali satu demi satu krisis politik yang berlaku bermula dari Langkah Sheraton, tumbangnya kerajaan Persekutuan PH dan kemudian kerajaan negeri pilihan rakyat di Kedah, Perak, Melaka dan Johor pada tahun 2020, tercetusnya pula PRN Sabah akibat percubaan merampas kuasa, usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri dan seterusnya PRN Melaka; kesemua krisis politik ini ada tangan-tangan UMNO dan BN yang memainkan peranan. Merekalah yang menjadi punca Malaysia terus berada dalam krisis politik yang tidak berkesudahan hingga ke hari ini.

Kestabilan politik yang dicanangkan sebenarnya adalah dongeng UMNO dan BN yang tamak kuasa. Johor adalah medan perang baharu untuk mereka mengulang kembali kejayaan di Melaka tahun lalu, dan tidak mustahil juga sebagai medan ujian untuk PRU15 yang boleh berlaku bila-bila masa sahaja selepas PRN Johor ini.

Pun begitu, proses demokrasi tetap perlu kita raikan. Walaupun PRN Johor ini tidak diperlukan, namun menjadi tugas para pengundi negeri Johor untuk melaksanakan tanggungjawab mereka memilih kerajaan negeri yang baharu.

Persoalannya bagaimanakah pengundi Johor akan menilai PRN yang datang tidak diundang ini? Adakah sebagai pentas untuk menyampaikan mesej cukup-cukuplah dengan krisis politik yang tidak sudah, atau termakan dongeng kestabilan politik oleh mereka yang sebenarnya tamak kuasa?


PRN Johor: Kestabilan Atau Kuasa? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list