Artikel Terkini

PRN Johor medan kukuhkan kerjasama politik PN

PRN Johor medan kukuhkan kerjasama politik PN
PRN Johor medan kukuhkan kerjasama politik PN 1

BANGI, 6 Rejab 1443H, Selasa – PAS melihat pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai medan untuk mengukuh dan memantapkan lagi kerjasama politik dalam Perikatan Nasional (PN).

Usaha tersebut dilihat sebagai langkah ke hadapan dalam muafakat politik antara parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Gerakan berbanding PRN di Melaka dan Sarawak, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, PAS yang merupakan sebahagian dari komponen PN akan melancarkan jentera PRN bersama pada minggu hadapan, sementara melengkapkan beberapa strategi lagi bagi mencapai kemenangan dalam PRN kali ini.

“Keputusan PN bertanding menggunakan satu logo, satu pengarahan dan satu bilik gerakan dilihat akan memantapkan lagi usaha bagi mencapai kemenangan dalam PRN Johor kali ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, PN juga akan meneruskan dan memperkasakan muafakat sebagai satu pasukan dalam menghadapi PRN Johor dan seterusnya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.

Melalui gerak kerja bersama itu, Tuan Ibrahim berharap supaya pengundi Johor akan melakukan perubahan besar melalui peti undi, sekali gus diyakini memenangkan calon PN dalam PRN Johor.

Pada 29 Januari lalu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PAS dan Bersatu akan bertanding pada PRN Johor menggunakan logo PN.

Keputusan berkenaan dipersetujui hasil daripada muzakarah antara kedua-dua parti berkenaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

PRN Johor medan kukuhkan kerjasama politik PN 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list