Artikel Terkini

Proses pengundian di Parlimen Baram digantung

Proses pengundian di Parlimen Baram digantung
Proses pengundian di Parlimen Baram digantung 1

KUALA LUMPUR, 24 Rabiulakhir 1444H, Sabtu – Proses pengundian di 11 pusat mengundi dalam Parlimen Baram, Sarawak bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) digantung ekoran keadaan cuaca yang tidak baik, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata ,keadaan cuaca itu turut menghalang petugas untuk sampai ke tempat bertugas sama ada menerusi laluan udara, darat atau air.

Pusat mengundi dan tempat mengundi (saluran) terlibat adalah Sekolah Kebangsaan Long Naah bagi Saluran 1 dan 2; Sekolah Kebangsaan Long Luteng bagi Saluran 2; RH TK Matthew Belulok Lalo Kpg Lepo Gah (Saluran 1 dan 2) dan Sekolah Kebangsaan Long Sait (Saluran 2); Sekolah Kebangsaan Long Tungan (Saluran 1 dan 2).

Sekolah Kebangsaan Long Moh (Saluran 1 dan 2); Sekolah Kebangsaan Long Mekabar (Saluran 1); Sekolah Kebangsaan Long Jekitan (Saluran 1 dan 2); Sekolah Kebangsaan Long (Saluran 2); Sekolah Kebangsaan Lio Mato (Saluran 1 dan 2) serta Sekolah Kebangsaan Long Banga (Saluran 1 dan 2).

“Tarikh baharu pengundian bagi Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi (Saluran) akan dimaklumkan kelak setelah keadaan selamat untuk petugas dan pengundi sampai ke pusat mengundi bagi menjalankan pengundian,” katanya.

SPR menetapkan hari ini sebagai hari pengundian bagi PRU15. 

Semalam media melaporkan SPR akan membuat keputusan sama ada pengundian di Parlimen Baram diteruskan hari ini atau ditangguhkan selepas cuaca buruk menghalang petugas Pilihan Raya untuk ke 24 daripada 194 pusat mengundi di kawasan Parlimen itu. –  Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Proses pengundian di Parlimen Baram digantung 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list