Infotainment

Rakan Dedah Fazura Tetap Jaga Solat Walaupun Sibuk

Rakan Dedah Fazura Tetap Jaga Solat Walaupun Sibuk
Rakan Dedah Fazura Tetap Jaga Solat Walaupun Sibuk 1

Baru-baru ini, jualan tudung pelakon Nur Fazura sekali lagi mendapat sambutan luar biasa apabila koleksi terbarunya itu habis dijual sebanyak 200,000 helai dalam tempoh 45 minit sahaja di platform Shopee.

Rakan perniagaannya, Hafiz Nassir mendedahkan rahsia kejayaan pelakon itu yang sentiasa menjaga solat meskipun sibuk dengan kerja. Malah, Hafiz berkata keperibadian Fazura membuka matanya.

BACA: Tudung Fazura Habis Terjual Dalam 45 Minit

“Apa yang saya nampak dia seorang yang menjaga solatnya. Walaupun sibuk dengan penggambaran yang kadang-kadang memakan masa hampir 10 jam, tapi solat menjadi keutamaannya selain memastikan auratnya sentiasa terjaga.

“Selain itu, satu perkara yang saya cemburu adalah dia tidak suka berkongsi kebaikan yang dilakukan seperti amalan sedekah atau bantuan yang dihulurkan kepada golongan memerlukan. Seboleh mungkin dia enggan orang ketahui niat baiknya itu.

“Sebagai rakan perniagaan saya kagum dengan semangat luar biasa yang dimiliki. Dia sangat memberikan sepenuh komitmen dan teliti dalam setiap apa yang dilakukan,”katanya.

Hafiz berkata lagi, Fattah Amin yang sentiasa berada di sisinya turut membantu kepada kejayaan besar Fazura dalam perniagaan.

“Bagi saya, dia adalah wanita yang sukakan misteri. Dia tidak akan berkongsi sesuatu projek selagi belum dilancarkan bagi mengelak segala perkara negatif atau perasaan yang tidak baik. Dia lebih selesa bersaing dengan dirinya sendiri.

“Saya juga perlu katakan yang Fattah juga antara individu yang sentiasa memberikan sokongan penuh kepadanya. Fattah sering berada di sisi dan membantu menguruskan perniagaan,” katanya.


Rakan Dedah Fazura Tetap Jaga Solat Walaupun Sibuk 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list