Artikel Terkini

Ruang Pendidikan Alternatif: Satu Pembuktian

Ruang Pendidikan Alternatif: Satu Pembuktian
Ruang Pendidikan Alternatif: Satu Pembuktian 1

PENDIDIKAN adalah satu proses menyampaikan ilmu kepada pelajar daripada insan bergelar guru. Penyampaian ilmu ini boleh melalui pedagogi pendidikan yang pelbagai, bergantung kepada keperluan pelajar. Walaupun begitu, proses itu sendiri ialah pendidikan.

Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan Hak Kanak-Kanak mengiktiraf pendidikan sebagai hak undang-undang bagi setiap kanak-kanak.

Entah buat berapa lama, pendidikan umpama kasta sosial. Di sebalik kemajuan dan kemodenan yang dicapai oleh negara pasca abad ke-21 pada hari ini, masih wujud lubang yang perlu ditampal. Sistem pendidikan di Malaysia bersifat berbeza, aneh; ia berdasarkan kemurnian kedudukan atau kumpulan sosial. Yang jelasnya di Malaysia, orang miskin tetap tidak mampu untuk mempunyai pendidikan. Apatah lagi di Sabah, golongan yang tidak berdokumen dan tanpa warganegara juga menampung nasib yang sama; tidak dapat ke sekolah.

Mengapa mereka ini tidak dapat ke sekolah? Kerana mereka miskin, tidak ada dokumen dan tidak berwarganegara. Bukankah pendidikan itu untuk semua? Sekiranya akses pendidikan ini tidak diberikan secara sama rata dan setara kepada setiap kanak-kanak, maka apakah nasib kanak-kanak yang “malang” ini?

Mungkin, jika pendidikan itu “percuma” seperti yang sepatutnya, maka negara akan menjadi sebuah negara yang “hidup” dan “manusiawi”. Malang sekali bagi memperoleh pendidikan, adalah perlu buat mereka untuk mencari rezeki atau pendapatan untuk dididik. Kerana pendidikan yang dibahaskan di sini tidak percuma. Hari ini, kebanyakan pekerjaan memerlukan calon yang berkelayakan dari segi pendidikan. Kita percaya, setiap manusia di dunia mempunyai rakyat yang datang dari latar belakang ekonomi yang berbeza. Akan tetapi, mereka yang berasal dari latar belakang ekonomi yang miskin tidak akan dapat menampung pendidikan anak-anak mereka, maka mereka dihantar untuk bekerja bagi meneruskan kehidupan.

Di awal usia lagi kanak-kanak bertubuh kecil dan kekurangan nutrisi ini sudah bekerja. Dan hari ini juga, kerajaan di seluruh dunia sebulat suara menerima hakikat bahawa buruh kanak-kanak adalah salah sama sekali dan kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan. Di mana logiknya?

Bagi menangani isu ini, bukankah kerajaan harus menyediakan pendidikan percuma sekaligus menyokong keluarga miskin dan mencegah buruh kanak-kanak? Sebagai misalan; di Sabah, wujudnya sebuah badan yang menggerakkan pendidikan percuma kepada semua, iaitu kepada kanak-kanak miskin, yatim, tiada dokumen dan tidak berwarganegara kerana mereka percaya bahawa pendidikan itu untuk semua. Badan yang menggerakkan ruang umpama “sekolah” tetapi tidak diiktiraf sebagai “sekolah” inilah bukti gagalnya sesebuah sistem.

Lihatlah, sebuah pentas untuk kanak-kanak ini berkembang didirikan tanpa bayaran dikenakan kepada mereka. Isu marginal dan peminggiran yang diabaikan entah sudah berapa lama kini terbela. Jurang kasta dan segregasi antara elitis dan marhaen dihancurkan. Bukankah pendidikan itu sifatnya manusiawi? Boleh saja mereka dikatakan tanpa negara dan tanpa rumah tapi tidak tanpa ilmu.

Seperti si buta membilang bintang di langit saja apabila kerajaan mengagungkan kualiti sistem pendidikan di luar negara, Jepun misalnya, yang menanamkan moral dan adab. Sedangkan kenyataannya, sistem pendidikan kita seolah-olah buta; peluang di mana setiap orang mempunyai hak yang sama untuk mencapai potensi sepenuhnya masih belum mencapai keperluan dan syarat asas.

Akhir kata kita harus percaya, wujudnya ruang alternatif bagi pendidikan yang bersifat kasta ini adalah pembuktian bagi kedudukan dan mutu sistem pendidikan dalam negara.

Ketahuilah sungguh-sungguh, bahawa pendidikan untuk semua.

(Artikel ini adalah tulisan saudari Lia Ellyana dan tidak semestinya mencerminkan pandangan pihak Solidaritas)


Ruang Pendidikan Alternatif: Satu Pembuktian 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list