Artikel Terkini

RUU Anti Lompat Parti dibentang Julai depan

RUU Anti Lompat Parti dibentang Julai depan
RUU Anti Lompat Parti dibentang Julai depan 1

PUTRAJAYA, 8 Ramadan 1443H, Ahad – Kerajaan menyasarkan untuk membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti pada sesi Parlimen Julai ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kerajaan tidak ada niat untuk melewat-lewatkan atau tidak membentangkan Akta Anti Lompat Parti, namun ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu termasuk pindaan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 yang akan dibentangkan esok.

“Ada pihak yang terkeliru cuba memainkan isu seolah-olah kerajaan tidak ikhlas dalam soal membentang Akta Anti Lompat Parti,” katanya kepada media selepas menghadiri taklimat khas mengenai RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022, di sini hari ini.

Turut hadir dalam taklimat itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.

Ismail Sabri berkata sebaik sahaja RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 diluluskan dengan majoriti dua pertiga atau lebih 148 undi, kerajaan akan membentuk satu jawatankuasa khas yang terdiri daripada wakil kerajaan, pembangkang dan ahli akademik untuk meneliti dan mengubal RUU Akta Anti Lompat Parti.

“Saya harap perkara ini dapat dipercepatkan kerana sasaran kerajaan adalah untuk membentangkan Akta Anti Lompat Parti ini pada sesi Parlimen Julai.

“Bagaimanapun ia tergantung kepada jawatankuasa khas nanti, secepat mana mereka boleh mencadangkan untuk dibentangkan ke dalam Kabinet untuk persetujuan. Selepas Kabinet bersetuju maka kita boleh bentangkan segera di Parlimen,” katanya.

Ismail Sabri berkata beliau yakin RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 akan diluluskan.

“Setakat hari ini daripada kenyataan media kita baca, dari parti-parti kerajaan semuanya menyokong. Pembangkang, Pakatan Harapan pun dah buat kenyataan, berjanji sewaktu berjumpa dengan saya, mereka juga akan menyokong.

“Jadi saya rasa tidak timbul isu tentang pindaan ini tidak diluluskan. Saya harap apa yang dijanjikan akan ditepati esok,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

RUU Anti Lompat Parti dibentang Julai depan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list