Artikel Terkini

Sakit Pelik Yang Dihadapi Oleh Para Angkasawan

Sakit Pelik Yang Dihadapi Oleh Para Angkasawan
Sakit Pelik Yang Dihadapi Oleh Para Angkasawan 1
Follow our Telegram

Mengembara ke angkasa lepas bukan satu tugas yang mudah. Ini kerana ia memerlukan aspek fizikal dan mental angkasawan perlu berada pada tahap terbaik bila beradaptasi dengan angkasa lepas. Adaptasi sebegini berpotensi mencetuskan pelbagai isu kesihatan seperti anemia angkasa lepas.

Pakar-pakar perubatan percaya anemia angkasa lepas terjadi apabila cairan dalam badan beralih ke bahagian kepala angkasawan. Ini berlaku lantaran cairan tidak perlu melawan daya graviti sesebuah planet seperti bumi. Angkasawan kebiasaannya berdepan kehilangan 10% berat saluran-saluran darah mereka dalam tempoh 10 hari pertama di angkasa lepas bagi mengatasi masalah anemia angkasa lepas.

Tetapi berdasarkan satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Medicine, badan angkasawan menghapuskan sel darah merah lebih banyak di angkasa lepas berbanding di bumi – lebih tepat 54%. Dengan mengira jumlah karbon monoksida yang dilepaskan dari paru-paru sebagai proksi, pasukan pengkaji menjangkakan seorang angkasawan itu berdepan kehilangan lebih tiga juta sel darah merah sesaat.

Menurut Dr Guy Trudel dari Universiti Ottawa, proses pemusnahan sel darah merah akan berterusan sepanjang tempoh angkasawan berada di angkasa lepas. Penanda aras bumi bagi mengira kadar kemusnahan sel darah merah ialah dua juta sel merah dimusnahkan dan dihasilkan di bumi setiap saat. Begitupun, angkasawan tidaklah terkesan kerana ia ditampung oleh kadar penghasilan sel darah merah. Tetapi perlu diingat, ia boleh berterusan selama enam bulan dan terus berlaku walaupun selepas angkasawan pulang ke bumi.

Kajian ini digerakkan dengan mengkaji profil 14 orang angksawan. 13 sampel darah diambil selepas mereka pulang ke bumi dengan lima daripadanya disahkan mengalami anemia klinikal. Angkasawan-angkasawan ini kemudiannya disahkan pulih daripada anemia selepas berehat antara tiga hingga empat bulan. Tetapi tahap pemusnahan sel darah mereka 30% lebih tinggi daripada individu bukan angkasawan. Dr Trudel berharap dengan lebih banyak kajian, ia dapat merawat atau mencegah kemunculan anemia dalam kalangan pesakit baik di bumi atau angkasa lepas.

Mungkin ada menganggap ini tidak sepatutnya dipandang serius. Tetapi bagi individu seperti Elon Musk yang berangan mahu menubuhkan koloni di Marikh, ia harus menjadi keutamaan. Ini kerana menurut Dr Trudel, apabila seseorang angkasawan itu berada di sesebuah planet dalam keadaan anemia, ia boleh menjejaskan kekuatan, ketahanan dan tenaganya. Akibatnya, ia boleh menjejaskan usahanya merealisasikan misi yang ditetapkan.

Dengan pelancongan ke angkasa lepas kembali mendapat sambutan, maka molek bagi angkasawan dan pelancong menjalani pemeriksaan darah terlebih dahulu.

RUJUKAN

Carpineti, A. (2022, 17 Januari). “Space Anemia” Linked To Destruction Of Astronauts’ Red Blood Cells. IFLScience.

[ad_2]
Source
[vc_row][vc_column][vc_column_text woodmart_inline="no" text_larger="no"][sociallocker id="61266"]Sakit Pelik Yang Dihadapi Oleh Para Angkasawan 2[/sociallocker][/vc_column_text][/vc_column][/vc_row] kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list