Artikel Terkini

Satu jam umpil mesin ATM, perompak gagal larikan wang tunai — MYKMU.NET

Satu jam umpil mesin ATM, perompak gagal larikan wang tunai — MYKMU.NET
Satu jam umpil mesin ATM, perompak gagal larikan wang tunai — MYKMU.NET 1

Satu jam umpil mesin ATM, perompak gagal larikan wang tunai — MYKMU.NET 2

Satu jam umpil mesin ATM, perompak gagal larikan wang tunai

SEGAMAT: Seorang lelaki gagal dalam cubaan melarikan wang tunai berjumlah RM77,000 di sebuah mesin ATM berteknologi tinggi di sebuah pasar raya di Jalan Segamat-Kuantan kira-kira pukul 12.15 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian disedari oleh anggota keselamatan pasar raya tersebut yang bertugas pagi ini selepas melihat kamera litar tertutup (CCTV) di kios berkenaan.

“Rakaman CCTV mendapati suspek berusaha selama satu jam untuk melarikan wang tunai di mesin ATM berkenaan sebaik berjaya memasuki bangunan itu pada pukul 11.15 malam kelmarin, sebelum keluar semula pada 12.15 malam tadi.

“Suspek dipercayai agak mahir berkaitan mesin ATM namun kecanggihan teknologi terkini diguna pakai pihak pengurusan perbankan menyebabkan usahanya itu menemui jalan buntu,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Bahrin, pihak pengurusan pasar raya kemudiannya membuat satu laporan polis mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

Hasil pemeriksaan daripada CCTV mendapati suspek sedang mengumpil selain menggunakan alat pembakar mini berdasarkan kesan terbakar di bahagian atas papan permukaan mesin ATM berkenaan.

“Suspek melarikan diri tanpa sempat menarik keluar wang tunai di mesin ATM berkenaan. Siasatan lanjut dijalankan dengan bantuan Forensik Ibu Pejabat Polis (IPD) Muar serta Unit K9 IPD, Segamat,” katanya.

Siasatan di lokasi kejadian mendapati suspek memasuki pasar raya itu melalui bumbung bangunan belakang sebelum melarikan diri di laluan yang sama.

Menurut Bahrin, tindakan suspek itu turut menyebabkan struktur kios ATM berkenaan mengalami kerosakan yang dianggarkan ribuan ringgit.

Pihak polis turut menahan tiga pengawal keselamatan lelaki, seorang warga tempatan, warga Bangladesh serta Nepal berusia 30-an bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun polis masih giat menjejaki individu terbabit dan saksi diminta menghubungi talian IPD Segamat 07-9312222 atau mana-mana balai polis berhampiran jika mempunyai maklumat. Utusan

Satu jam umpil mesin ATM, perompak gagal larikan wang tunai


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Suami isteri ditangkap basah?

Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati

Satu jam umpil mesin ATM, perompak gagal larikan wang tunai — MYKMU.NET 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list