Artikel Terkini

“Saya akan buktikan…” -Sharnaaz Ahmad yakin diri tak bersalah

“Saya akan buktikan…” -Sharnaaz Ahmad yakin diri tak bersalah
"Saya akan buktikan..." -Sharnaaz Ahmad yakin diri tak bersalah 1

Selepas direman 3 hari disebabkan dakwaan memukul seorang penduduk kondominum di Segambut, pelakon lelaki terkenal telah dibebaskan pihak berkuasa setelah siasatan selesai.

Sharnaaz Ahmad, 37  juga sempat menjawab beberapa pertanyaan daripada wakil-wakil media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Dalam kenyataan diperoleh dari video temubual yang dikongsikan oleh Harian Metro, Sharnaaz memaklumkan yang semua dakwaan yang berlegar-legar di media sosial sejak beberapa hari yang lalu tidak benar sama sekali.

Walau bagaimanapun, dia memaklumkan tidak dapat mengulas banyak berhubung kes tersebut memandangkan masih lagi dalam siasatan pihak polis.

Namun begitu, dia akan membuat sidang media dalam waktu terdekat untuk menceritakan hal sebenar dari pihaknya pula selepas pelbagai dakwaan timbul sepanjang dia berada dalam tahanan reman.

“Saya tak boleh cerita banyak sebab masih dalam siasatan. Apa yang digembar-gemburkan itu, hati-hati sebab masih dalam siasatan.
Apa yang dikeluarkan oleh pihak media itu tidak benar. Tunggu daripada peguam dan saya akan keluarkan statement dalam masa terdekat.
Terima kasih dekat pihak polis sebab telah membantu dari semua segi. Insya-Allah cerita sebenar akan keluar,” katanya.

"Saya akan buktikan..." -Sharnaaz Ahmad yakin diri tak bersalah 2

Dalam pada itu, Sharnaaz juga menegaskan yang dia tidaklah sebodoh itu untuk memburukan nama sendiri dan keluarga dengan apa yang telah diperkataan sebelum ini kerana terdapat beberapa pihak menuduhnya sebagai seorang yang panas baran.

“Saya tak bodoh untuk melakukan sesuatu yang begitu. Kepada sesiapa yang membuat spekulasi yang Sharnaaz panas baran, tunggu. Harap bersabar ya.” jelasnya lagi.

Menerusi temu bual itu lagi, pelakon drama a I Promise Janji Anaqi turut yakin bahawa dirinya tidak bersalah dan akan membuktikan kebenaran tersebut apabila sesi perbicaraan di mahkamah bermula kelak.

“Teruskan sebab saya yakin saya tak bersalah. Saya akan buktikan ada kebaikan yang ada saya buat, yang tidak diceritakan tetapi akan diceritakan di mahkamah nanti.” tegas sharnaaz.

"Saya akan buktikan..." -Sharnaaz Ahmad yakin diri tak bersalah 3

Terdahulu, seorang pelakon yang berusia 30an telah ditahan reman selama 3 hari susulan satu laporan polis dibuat mendakwa dirinya dipukul oleh selebriti tersebut di sebuah kondominium di Segambut pada Khamis lalu.

Sumber: Facebook Harian Metro


"Saya akan buktikan..." -Sharnaaz Ahmad yakin diri tak bersalah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list