Artikel Terkini

“Saya sangat gembira…”- Awie syukur dapat sambut ‘birthday’ ke-54 di Mekah

“Saya sangat gembira…”- Awie syukur dapat sambut ‘birthday’ ke-54 di Mekah

Penyanyi dan vokalis kumpulan lagenda Wings iaitu Datuk Awie menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-54 dalam suasana yang berbeza pada kal ini apabila dia diraikan rakan-rakan di Tanah Suci Mekah.

Menerusi hantaran di laman Facebook Maulana Helmi, sambutan ulang tahun kelahiran Awie turut diraikan dengan jemaah lain termasuk anggota Wings yang turut serta mengerjakan umrah bersama dengannya sejak 16 November lalu.

“Sanah Helwah Dato Awie Al Pamalo sempena Hari Lahir yang ke-54 tahun.
“Didoakan semoga Dato kekal sihat walafiat dan diberkati oleh Allah S.W.T dalam kehidupan Dato di dunia dan di akhirat,”ucap Maulana Helmi.

Difahamkan, sambutan tersebut diraikan di dataran Masjid Masy’aril Haram di Muzdalifah bersama jemaah Skymatt Travel yang lain.

Awie atau nama sebenarnya  Ahmad Azhar Othman meluahkan kesyukuran kerana dapat menyambut ulang tahun kelahiran di Mekah yang sememangnya menjadi memori terindah.

“Terima kasih banyak-banyak. Syukur dalam banyak-banyak tempat, kita ditemukan di Makkah al Mukarramah ini.
“Saya sangat-sangat gembira dan terima kasih kepada Datuk Mat yang merealisasikan impian ini untuk membawa bersama sahabat dunia akhirat saya, Wings. Terima kasih banyak-banyak kerana mempercayai saya,”katanya penuh ceria.

Sementara itu, Awie memaklumkan di awal pembabitan dalam bidang seni, dia dan Sham menubuhkan Wings dengan rock & roll.

“Tapi di akhir-akhir penghujung ini kita tubuhkan satu kumpulan baru lagi ‘Wings On Fire’ pergi umrah. Terima kasih banyak-banyak sebab doa-doa semua,” katanya

Terdahulu, Awie dan anggota Wings mengumumkan bakal berehat panjang sebaik pulang dari mengerjakan umrah dan akan menyusun semula jadual seni selepas Aidilfitri, tahun depan.

Bagaimanapun, mereka akan beraksi buat kali terakhir menerusi Konsert Wings Ceritera Rakyat yang akan berlangsung di Padang Timur, Petaling Jaya pada 3 Disember ini sebagai penutup 2022.

Sumber: Facebook Maulana Helmi



kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list