Infotainment

Seindah Kasih Semarak Kempen Ramadan Raya Media Prima

Seindah Kasih Semarak Kempen Ramadan Raya Media Prima
Seindah Kasih Semarak Kempen Ramadan Raya Media Prima 1

Seindah Kasih Semarak Kempen Ramadan Raya Media Prima

Bulan Ramadan, bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di dunia. Bulan yang penuh dengan kemuliaan, kesyukuran dan keberkatan ini sungguh bermakna kerana memberi peluang kepada kita untuk memperbaiki diri, mengeratkan perpaduan serta silaturahim di kalangan masyarakat majmuk, selain mendapat pahala berlipat ganda.

Itulah yang ingin disampaikan menerusi kempen Seindah Kasih anjuran Media Prima.

Seindah Kasih

Screenshot 2023 03 18 at 7.16.39 PM

Tahun ini, Media Prima Berhad memperkenalkan tema Seindah Kasih yang akan menyemarakkan kempen Ramadan Raya 2023 menerusi TV3, TV9, Tonton, Hot FM, Buletin FM, Molek FM, Primeworks Studios, Berita Harian, Harian Metro, OhBulan, Seismik, Xtra, Sirap Limau, Waktu Solat Malaysia dan Big Tree.

Setiap dugaan dan cabaran akan dibalas dengan pahala bagi setiap umat Islam yang bersabar dan redha dengan keadaan yang telah ditakdirkan oleh Allah. Tema Seindah Kasih dipilih sebagai satu pesanan kepada umat Islam supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang dinikmati terutamanya selepas mengharungi pelbagai ujian ketika memerangi wabak COVID-19 dan bencana alam yang telah meragut nyawa dan merosakkan harta benda.

Mari kita sama-sama bersedekah secara ikhlas dan memberi sinar kebahagiaan kepada golongan yang lebih memerlukan. Seindah Kasih menampilkan Mimi Lana, Anas Ridzuan, Siti Saleha, Luqman Hafidz, Shasha Abedul, Meerqeen, Anna Jobling, Ruhainies, Daniel Fong, Ain Edruce dan Ejen Ali sebagai wajah kempen. Selain itu, kempen tersebut juga melancarkan lagu tema Seindah Kasih yang dinyanyikan oleh Bil Musa dan Aqmal Ramdan, naib juara Terpaling Juara.

Hari ini, kempen Seindah Kasih dilancarkan menerusi siaran langsung program The Seindah Kasih Show di TV3 dan Tonton yang dihoskan oleh Fizi Ali dan Fiza Frizzy, dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti popular seperti Meerqeen, Anna Jobling, Ruhainies, Daniel Fong, Fedtri Yahya, Anas Ridzuan, Mimi Lana, Luqman Hafidz, Shasha Abedul, Dato’ Chef Ismail, Michael Ang dan Ustaz Tarmizi serta persembahan nyanyian hebat daripada Aina Abdul, Ernie Zakri, Hael Husaini dan Rahmad Mega.

See also  RESDUNG Dan Kerap Bersin, Rawat Dengan Petua Tradisional Cina. Sangat Berkesan!

Program selama satu jam ini memperkenalkan susunan aktiviti dan program-program menarik merangkumi genre inspirasi & travelog, drama, bual bicara, gaya hidup dan hiburan sepanjang bulan Ramadan di TV3, TV9, Tonton, WOW Shop dan Harian Metro serta Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda.

Seindah Kasih Semarak Kempen Ramadan Raya Media Prima 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo