Artikel Terkini

Sertai Big Stage demi rezeki, Tegar Septian nekad berjauhan dengan anak & isteri

Sertai Big Stage demi rezeki, Tegar Septian nekad berjauhan dengan anak & isteri
Sertai Big Stage demi rezeki, Tegar Septian nekad berjauhan dengan anak & isteri 1

Pelbagai gimik yang terjadi di pentas Big Stage musim ke-3 pada Ahad 6 Februari 2022 sememangnya masih membuatkan banyak pihak bercakap mengenainya.

Walaupun dihimpit dengan pelbagai kontroversi, namun pentas buat para penyanyi muda yang digelar Budak Budak Baru Nak Up (BBNU) ini tak kurang hebatnya apabila menghadirkan beberapa penyanyi berbakat yang mampu membuatkan para juri profesional tersenyum.

Salah seorangnya adalah peserta dari Indonesia, Tegar Septian yang dulu pernah popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang.

Namun, disebalik penglibatannya dalam program Big Stage, ada kisah pilu apabila dia perlu berpisah buat seketika dengan isteri serta anak yang berusia 2 tahun demi mencari rezeki di negara orang.

Menerusi Mstar, bapa muda yang berusia 22 tahun ini memaklumkan yang bukan senang menjadi orang tua pada usia yang masih muda.

Akan tetapi ia bukanlah satu alasan untuk mengabaikan tanggungjawab kerana dia tetap ketua keluarga yang wajib menafkahi isteri dan anak.

Jadi, tindakannya setuju menyertai Big Stage adalah salah satu usaha untuk mencari rezeki buat keluarga tersayang.

“Sekarang masa untuk bersama kawan-kawan tidak seperti dahulu lagi. Perlu lebih fokus kepada keluarga dan anak.
“Menjadi bapa pada usia muda membuatkan saya lebih dewasa. Saya harus fikir tanggungjawab dan bekerja untuk masa depan keluarga,” ujar Tegar

Menurutnya lagi, isteri, Sarah Sheilka serta keluarga menyokong penuh tindakannya menyertai Big Stage dan berharap suatu hari nanti dapat membawa keluarga kecilnya tinggal di Kuala Lumpur andai rezekinya dinyatakan disini.

“Mereka semua menyokong kerjaya saya dan penyertaan saya ini juga adalah demi masa depan kerjaya yang untuk kesenangan mereka.
“Ada perancangan untuk membawa isteri dan anak datang ke Kuala Lumpur. Semoga segala urusan dipermudahkan dan kami dapat bersama nanti,”
Jika ada rezeki saya di sini, pasti mahu berada di Malaysia. Semoga penyertaan saya ini akan sampai ke peringkat akhir.
“Dalam hidup dan kerjaya ini saya hanya follow the flow sahaja. Apa yang penting tetap terus berkarya,”jelasnya.

Pada minggu pengenalan, Tegar berjaya menduduki tangga ke-2 selepas nyanyiannya untuk lagu ‘berhantu’ Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang diberi nafas baru dan mendapat pujian daripada pihak juri profesiaonal.

Untuk makluman, pemuda yang berasal daru Subang, Indonesia itu telah bergelar suami pada Mac 2020 selepas bernikah dengan seorang YouTuber pada usia 19 tahun dan kini sudahpun dikurniakan seorang anak lelaki.

Sumber: Mstar (Farol Hadi)


Sertai Big Stage demi rezeki, Tegar Septian nekad berjauhan dengan anak & isteri 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list