Infotainment

Shuib Dedah Perbualan Terakhir Dengan Arwah Siti Sarah Dalam MV Tinggalkan Diriku

Shuib Dedah Perbualan Terakhir Dengan Arwah Siti Sarah Dalam MV Tinggalkan Diriku
Shuib Dedah Perbualan Terakhir Dengan Arwah Siti Sarah Dalam MV Tinggalkan Diriku 1

Selepas tiga bulan pemergian isteri tercinta, hari ini pelawak Shuib Sepahtu memuat naik muzik video Tinggalkan Diriku nyanyian Allahyarham Siti Sarah di laman YouTube miliknya.

Difahamkan, ianya nyanyian yang dirakamkan ketika sesi latihan untuk Showcase Siti Sarah yang diadakan pada tahun 2018.

BACA: Shuib Abadikan Lagu Tinggalkan Diriku Dalam Muzik Video-“Cara Penyampaiannya Begitu Berbeza”

Lebih sebak, menerusi muzik video berkenaan Shuib turut berkongsikan rakaman suara perbualan terakhir bersama Siti Sarah sebelum arwah isterinya itu ditidurkan.

Seorang pengguna TikTok berkongsikan klip perbualan tersebut dan dapat didengar dengan jelas Shuib memanggi isterinya dan mengatakan betapa dia amat menyayangi Siti Sarah. Shuib sempat memberikan kata-kata semangat buat arwah isterinya untuk melalui ujian tersebut.

Sementara itu, menerusi Astro Gempak, Shuib berkata dia mendengar rakaman lagu tersebut selepas 6 hari pemergian Siti Sarah. Ujarnya, dia merasakan seperti arwah sudah mengetahui yang dia akan pergi kerna cara penyampaian isterinya sangat berbeza.

“Enam hari selepas pemergiaan Allahyarham Siti Sarah, saya mendengar rakaman lagu Tinggal Diriku yang dirakam ketika sesi latihan untuk Showcase Siti Sarah yang diadakan pada 2018.

“Rasa sebak, hiba dan segala rasa hadir tatkala mendengar semula lagu itu. Cara penyampaian Siti Sarah begitu berbeza dan istimewa sekali seakan sudah tahu apa yang bakal terjadi. Bait-bait lirik yang cukup indah begitu dirasakan sekarang,” katanya.


Shuib Dedah Perbualan Terakhir Dengan Arwah Siti Sarah Dalam MV Tinggalkan Diriku 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list