Artikel Terkini

Siasat juga sumber wang PKR, Umno, kata Muhyiddin

Siasat juga sumber wang PKR, Umno, kata Muhyiddin
Siasat juga sumber wang PKR, Umno, kata Muhyiddin 1

Beliau mencabar SPRM untuk menyiasat sumber kewangan parti berkenaan selepas didakwa di mahkamah baru-baru ini.

Siasat juga sumber wang PKR, Umno, kata Muhyiddin
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berucap semasa Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu kali ke-5 di Kuala Lumpur. (Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Muhyiddin Yassin mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sumber kewangan PKR dan Umno selepas didakwa di mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa dan dana pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan partinya.

Sambil menyatakan ia “kali pertama dalam sejarah” bahawa seorang presiden parti politik telah didakwa di mahkamah kerana menerima sumbangan politik untuk partinya, Muhyiddin mempersoalkan mengapa parti lain dan presiden mereka tidak disiasat atau didakwa.

“Saya hendak cabar SPRM supaya siasatlah sumber kewangan PKR dan Umno. Tidakkah mereka juga menerima dana politik daripada ahli-ahli perniagaan? ,” katanya kepada perwakilan pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu kali ke-5 di sini.

Pada Jumaat lalu, Muhyiddin didakwa atas empat pertuduhan salah guna kuasa berhubung program Jana Wibawa untuk memperoleh RM232.5 juta bagi Bersatu.

Beliau juga mengaku tidak bersalah atas dua lagi pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM195 juta.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Siasat juga sumber wang PKR, Umno, kata Muhyiddin 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

See also  "Anak-Anak Tak Nak Balik Macam Ni" Seronok Bila Masjid Buat 'Kids Zone' Siap Ada Wayang Pacak!