Artikel Terkini

SPRM siasat kes rasuah libat pemimpin kanan UMNO?

SPRM siasat kes rasuah libat pemimpin kanan UMNO?
SPRM siasat kes rasuah libat pemimpin kanan UMNO? 1

BANGI, 10 Ramadan 1443H, Selasa – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat satu dakwaan rasuah melibatkan seorang pemimpin kanan UMNO.

Siasatan itu dilakukan susulan laporan diterima agensi berkenaan oleh Ketua Penerangan UMNO Cawangan Setapak Jaya 1A, Bahagian Setiawangsa Kuala Lumpur, Datuk Halim Rahmat, baru-baru ini.

Dalam laporan yang dibuat pada 6 April lalu, SPRM diminta menyiasat dakwaan oleh sebuah portal berita yang mengaitkan tuduhan rasuah dengan pemimpin berkenaan.

Dakwaan tersebut membabitkan isu rasuah berkaitan projek pembalakan dan pajakan tanah di Negeri Sembilan sekitar 2008 hingga 2010.

Wang rasuah berkenaan didakwa digunakan untuk membeli aset di luar negara.

“SPRM juga telah menerima informasi berkaitan dengan isu tersebut daripada sumber-sumber lain,” kata satu sumber seperti dipetik akhbar Utusan Malaysia, hari ini.

Dalam pada itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM, Timbalan Pesuruhjaya Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan perkara berkenaan.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut perkara tersebut.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

SPRM siasat kes rasuah libat pemimpin kanan UMNO? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list