Artikel Terkini

Suami Nora Danish tempelak netizen

Suami Nora Danish tempelak netizen
Suami Nora Danish tempelak netizen 1

Anak bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz iaitu Mohamad Nedim menempelak segelintir netizen di Twitter berhubung isu air mineral ‘kayangan’ jenama Evian.

Menurut Nedim yang juga suami kepada pelakon Nora Danish, dia menyifatkan golongan tersebut adalah dungu sehingga mencari kesalahan tertentu meskipun hanya mengenai air mineral.

“Teruk sangat orang beb*l sekarang ni, pasal air mineral pun depa cari point,” tulis lelaki berusia 39 tahun itu menerusi satu ciapan di Twitter.

Sebelum itu, netizen seolah-olah kurang berpuas hati apabila menonton sebuah video memaparkan satu mesyuarat khas menteri yang menghidangkan air mineral Evian 500ml pada 31 Januari lalu.

Nedim berkata, bagaimana golongan itu terutama generasi muda dapat memimpin negara pada masa akan datang kerana hal remeh seperti itu juga menjadi perdebatan hebat sejak beberapa hari lalu.

“Generasi muda jenis ini nak jadi pemimpin masa depan ? Mamp*s,” ujarnya.

Ciapan berkenaan diulang kicau sebanyak 284 kali selain dipenuhi pelbagai komen netizen yang rata-rata terus mengecam pandangan Nedim terhadap isu tersebut.

Sumber: Twitter @NedimNazriAziz


Suami Nora Danish tempelak netizen 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list