Artikel Terkini

Subsidi, kawalan harga strategi kerajaan kawal inflasi

Subsidi, kawalan harga strategi kerajaan kawal inflasi
Subsidi, kawalan harga strategi kerajaan kawal inflasi 1

KUALA LUMPUR – Antara strategi utama kerajaan untuk mengawal inflasi adalah menerusi pemberian subsidi kepenggunaan serta kawalan harga bagi barangan keperluan yang terpilih.

Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim berkata, melalui langkah-langkah tersebut, kadar inflasi negara pada tahun lalu telah merekodkan 3.3 peratus dan dijangka akan terus terkawal pada 2023.

Jelas beliau, kajian oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada 2022 juga menunjukkan kadar inflasi di Malaysia ini mampu melebihi 10 peratus sekiranya kerajaan menghapuskan semua subsidi yang dinikmati rakyat pada ketika ini.

“Untuk makluman, dalam Belanjawan 2023, kerajaan telah memperuntukkan lebih kurang RM 64 bilion untuk membiayai pelbagai jenis subsidi dan bantuan kepada rakyat.

“Dari sudut dasar monetari pula, perkara tersebut sebenarnya merupakan bidang kuasa Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan tidak terlibat dalam sebarang keputusan melibatkan dasar monetari selaras dengan Akta Bank Negara Malaysia 2009.

“Di bawah akta ini, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) di bawah BNM telah diberi tanggungjawab untuk merumuskan dasar monetari secara autonomi bagi mengekalkan
kestabilan harga serta memastikan pertumbuhan ekonomi kekal mampan, iaitu dijangka lebih kurang 4.5 peratus pada tahun ini,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sesi pertanyaan lisan bagi menjawab soalan Azli Yusoh (PH-Amanah) mengenai strategi kementerian dalam usaha mengawal inflasi, kestabilan monetari dan kewangan yang kondusif bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara yang lebih positif pada tahun ini dalam keadaan ekonomi dunia yang masih belum stabil.

Steven menambah, pada tahun ini, MPC semasa mesyuaratnya yang terkini pada 8 dan 9 Mac lalu telah memutuskan untuk mengekalkan kadar OPR pada tahap 2.75 peratus iaitu kadar sama yang turut dicatatkan semasa mesyuarat MPC yang pertama pada 18 dan 19 Januari lalu.

See also  11 killed in explosion in Dominican Republic

Jelas beliau, keputusan penangguhan sementara OPR ini dibuat bagi menilai kesan pelarasan kumulatif 100 mata asas OPR pada tahun lalu terhadap prospek inflasi dan ekonomi Malaysia.

“Ia juga turut dibuat dengan mengambil kira kesan sela masa (lag effect) daripada peningkatan OPR sebanyak empat kali berturut-turut pada tahun lalu.

“Ia bagi membolehkan MPC dan BNM mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai kesan kenaikan OPR terhadap pengurangan tekanan permintaan yang melibatkan perubahan tingkah laku isi rumah dan perniagaan yang biasanya akan mengambil masa.

“Setakat ini, tekanan harga telah menunjukkan tanda awal penurunan pada akhir hujung tahun 2022, walaupun inflasi kekal melebihi purata jangka panjang 10 tahun iaitu sekitar 2 peratus,” katanya. – MalaysiaGazette

Subsidi, kawalan harga strategi kerajaan kawal inflasi 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo