Infotainment

Surat RoS: Saya dah lama move on

Surat RoS: Saya dah lama move on
Surat RoS: Saya dah lama move on 1

PETALING JAYA: Dalam keadaan pengamal media masih cuba mendapatkan pengesahan berhubung surat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) tentang usul tambahan UMNO membabitkan kedudukan presiden dan timbalan presiden, menteri dilihat tidak menjawab soalan tersebut.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini berkata, perkara itu sudah lama dilupakan (move on), malah UMNO sudah kini dalam proses pengundian yang terakhir pada Sabtu ini.

“Saya dah lama move on, mereka pun nak mengundi dah Sabtu ini,” katanya.

Terdahulu, tular surat RoS yang viral dikatakan kedudukan dua jawatan tertinggi parti itu membabitkan Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hasan tidak sah.

Perkara itu turut mendapat perhatian beberapa bekas pemimpin UMNO termasuklah Khairy Jamaluddin yang merupakan bekas menteri dan pemimpin parti itu yang dipecat baru-baru ini.

Saifuddin kemudiannya memaklumkan, KDN memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) kepada UMNO berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun ini.

Beliau menjelaskan, keputusan itu diberi mengikut Seksyen 70 Akta 832 selepas kementeriannya meneliti mengenai ketetapan yang sudah dibuat oleh PAU 2022 daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada 3 Mac lalu.

Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta 832 antara lain memperincikan bahawa pertubuhan sudah melanggar secara bersengaja mana-mana peruntukan akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya atau mana-mana kaedahnya atau bahawa mana-mana ahli pertubuhan sudah lazim melanggar peruntukan sensyen 4(1) Akta Pertubuhan 1948 dengan apa-apa perbuatan atau penyebaran yang mana seksyen 3(1)(f) akta itu terpakai.

Sementara Seksyen 70 akta sama pula menjelaskan, menteri yang merujuk Menteri Dalam Negeri boleh menurut budi bicaranya dengan bertulis, mengecualikan mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah akta itu, daripada segala atau mana-mana jua daripada peruntukan-peruntukan akta itu.

See also  Tak Rancang Tambah Anak Lagi, Awal Ashaari - "Takut Kalau Ada Anak Ramai, Jadi Tidak Terjaga"

UMNO akan mengadakan pemilihan bagi peringkat tertingginya pada 18 Mac depan iaitu jawatan Naib Presiden sehingga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, selepas dua jawatan utamanya tidak dipertandingkan.-utusan


Surat RoS: Saya dah lama move on 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo