Artikel Terkini

Syarat pendapatan pemohon Rumah Mesra Rakyat akan dikaji semula

Syarat pendapatan pemohon Rumah Mesra Rakyat akan dikaji semula
Syarat pendapatan pemohon Rumah Mesra Rakyat akan dikaji semula 1

BANGI, 29 Jamadilakhir 1443H, Selasa – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersedia meneliti semula syarat pendapatan bagi pemohon Rumah Mesra Rakyat menerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Timbalan Menteri KPKT, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata, langkah itu memandangkan kepada keperluan rakyat untuk memperoleh kediaman selesa dan baharu, di samping mengatasi kesulitan tertentu.

Beliau berkata, berikutan ramai pemohon yang ingin memiliki rumah mesra rakyat di tanah sediri, pihaknya akan kaji semula dengan menaikkan kadar pendapatan yang terkandung dalam syarat permohonan.

“Sehingga kini syarat permohonan masih di bawah pendapatan bulanan RM3,000 dan mempunyai tanah milik sendiri dan bebas daripada sebarang sekatan ataupun gadaian serta berusia antara 18 tahun hingga 65 tahun.

“Kerajaan akan meneliti semula kadar syarat pendapatan ini dari semasa ke semasa berasaskan permintaan penduduk yang sangat memerlukan tetapi mempunyai pendapatan melebihi syarat ditetapkan,” katanya seperti dipetik portal tempatan, hari ini.

Ismail berkata, sehingga kini Rumah Mesra Rakyat antara yang paling banyak dimohon oleh penduduk kerana kediaman itu berkualiti dan moden berasaskan pelan projek yang disediakan SPNB bagi keselesaan kehidupan berkeluarga hari ini.

Setakat ini, SPNB telah menerima 89,880 permohonan seluruh negara untuk projek Rumah Mesra Rakyat, manakala rumah yang telah siap dibina sebanyak 50,066 unit sejak 2002, katanya.

“Di Pahang sahaja sebanyak 10,418 jumlah permohonan diterima dan sebanyak 4,229 sudah pun siap dibina melibatkan Jerantut sahaja SPNB menerima permohonan sebanyak 1,499 dan sudah disiapkan 668 buah rumah,” katanya.

Beliau berkata, sebuah rumah bernilai RM75,000, manakala subsidi kerajaan sebanyak RM20,000 dan pemohon cuma perlu meminjam sebanyak RM55,000 dengan bayar bulanan RM300 tanpa faedah.

Ismail turut berharap kerjasama Penghulu Mukim dan ketua kampung dapat membantu memberikan maklumat selain menggalakkan penduduk yang cukup syarat membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat bagi mencapai hasrat SPNB untuk sekurang-kurangnya ada lima buah projek rumah berkenaan di setiap kampung luar bandar.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Syarat pendapatan pemohon Rumah Mesra Rakyat akan dikaji semula 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list