Artikel Terkini

Tekad Dr Akmal mahu Ketua Pemuda UMNO bawah 40 tahun

Tekad Dr Akmal mahu Ketua Pemuda UMNO bawah 40 tahun
Tekad Dr Akmal mahu Ketua Pemuda UMNO bawah 40 tahun 1

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang baharu Dr Muhamad Akmal Saleh akan menjadikan usaha meminda Perlembagaan UMNO supaya jawatan tersebut disandang dan ditandingi mereka yang berusia 40 tahun ke bawah sebagai tugas pertama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu bernekad untuk membuat perubahan tersebut yang disifatkan sebagai di luar norma UMNO bagi menarik kembali sokongan golongan muda.

“Hakikat bahawa golongan muda telah menolak UMNO tetapi apabila Ketua Pemuda UMNO di bawah 40 tahun sudah tentu golongan muda berharapkan sesuatu yang luar biasa daripada Pemuda UMNO Malaysia.

“Jadi insya-Allah kita akan menghasilkan beberapa perkara yang di luar daripada norma UMNO ini yang pertama kita akan gubal Perlembagaan pastikan UMNO Ketua Pemuda UMNO mestilah juga bawah 40 tahun.

“Selama ini orang tak berani hendak buat sebab merasakan bila berada dalam jawatan susah hendak lepaskan. Tetapi kali ini biar bermula dengan diri saya,” katanya.

Katanya, usaha itu juga untuk menghasilkan generasi pelapis dalam UMNO sekali gus memberikan pengharapan dan kepercayaan kepada parti itu.

Ketika ini had umur 40 tahun hanya dikenakan terhadap ahli Pemuda UMNO dan tidak ada had umur dikenakan terhadap pemegang jawatan ketua Pemuda.

Muhammad Akmal, 35 tahun, ditemui media di lobi Menara Dato’ Onn dan beliau merupakan satu-satunya calon Ketua Pemuda berusia bawah 40 tahun berbanding tiga calon lain.

Beliau mengesahkan telah menerima majoriti 105 undi untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO yang baharu dalam pemilihan yang berlangsung pada Sabtu.

Muhammad Akmal berkata, jumlah undi yang diperolehi mencerminkan perubahan yang dimahukan oleh Pemuda.

“Sudah tentu hari ini UMNO tidak dilihat hanya golongan elitis berada dalam dalam UMNO.

See also  Azlee Senario menangis, terharu peminat beri 'gift' ketika live TikTok

“Anak kampung pun sebenarnya boleh memimpin UMNO. Insya-Allah memberikan pengharapan yang baharu kepada semua ahli UMNO dan perubahan itu akan bermula daripada Pemuda UMNO Malaysia,” katanya.

Sementara itu Muhamad Akmal menegaskan UMNO tidak mempunyai sebarang ‘kem’ seperti yang digembar-gemburkan setengah-setengah pihak.

Bagaimanapun beberapa tindakan telah dikenal pasti bagi merapatkan jurang dalam Pemuda UMNO dan parti selepas pemilihan selesai.-MalaysiaGazette

Tekad Dr Akmal mahu Ketua Pemuda UMNO bawah 40 tahun 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo