Badai 43 tahun berakhir apabila skuad Harimau Malaya melayakkan diri ke Piala Asia 2023 selepas menewaskan Bangladesh 4-1 dalam aksi terakhir Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Deri Ahmad Faizal Azumu turut mengucapkan terima kasih kepada skuad di bawah ketua jurulatih Kim Pan-gon itu yang disifatkan mencipta satu lagi sejarah dalam bola sepak.
Alhamdulillah! Syabas skuad Harimau Malaya yang berjaya layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 setelah menewaskan Bangladesh 4-1 dalam aksi terakhir Kumpulan E, Kelayakan Piala Asia 2023.#HarimauMalaya #ACQ2023 #MalaysiaBoleh 🐯👏🏟🇲🇾 pic.twitter.com/0crfJOk2ib
— Faizal Azumu (@PejaOfPerak) June 14, 2022
“Malam bersejarah bola sepak negara, Skuad Harimau Malaya berjaya layak secara merit selaku lima naib juara terbaik…
“…daripada enam kumpulan yang bersaing dalam aksi kelayakan,” tulisnya menerusi satu ciapan di laman Twitter.
Sorakan tampa henti Ultras Malaya memeriahkan suasana di stadium dan telah berjaya meniup semangat para pemain untuk beraksi dengan cemerlang! Teruskan sokongan padu anda! #DemiMalaysia #MalaysiaBoleh Selamanya… #HarimauMalaya pic.twitter.com/NoQEKZ11ir
— Faizal Azumu (@PejaOfPerak) June 14, 2022
Ahli Parlimen Tambun itu berkata, kejayaan tersebut sudah tentu bermakna buat rakyat Malaysia selain mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang ‘turun padang’ bagi memberikan semangat kepada para pemain.
“Terima Kasih pemain ke-12! Kehadiran para penyokong memberikan sokongan padu kepada Skuad Harimau Malaya cukup jelas memberi impak dalam menyuntik semangat kepada pemain-pemain negara.
“Sorakan tampa henti Ultras Malaya memeriahkan suasana di stadium dan telah berjaya meniup semangat para pemain untuk beraksi dengan cemerlang! Teruskan sokongan padu anda!,” katanya.
Keputusan Masa Penuh
Kumpulan E • Kelayakan Piala Asia 2023 | Selasa, 14 Jun 2022
MALAYSIA 🇲🇾 4-1 🇧🇩 BANGLADESH
⚽️ Safawi Rasid 16′ (P) Dion Cools 38′ Syafiq Ahmad 47′ Darren Lok 73′
⚽️ Mohammad Ibrahim 31′▶️ MALAYSIA layak ke Piala Asia 2023!#FAM #HarimauMalaya #ACQ2023 pic.twitter.com/jmKncxCQPG
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 14, 2022
Terdahulu, beliau memohon berhubung kenyataannya mengenai sorakan penyokong yang dikatakan telah menjadi punca kekalahan Malaysia ketika menentang Bahrain pada Sabtu lalu.
Sumber: Twitter Faizal Azumu & FAM Malaysia
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar