Artikel Terkini

Therizinosaurus – Dinosaur Yang Mampu Bunuh T-Rex

Therizinosaurus – Dinosaur Yang Mampu Bunuh T-Rex
Therizinosaurus - Dinosaur Yang Mampu Bunuh T-Rex 1

Ketika ini, filem terakhir trilogi Jurassic World iaitu Jurassic World: Dominion sedang hangat ditayangkan di pawagam. Macam biasa, antara dinosaur yang dikenali peminat francais ialah Tyrannosaurus rex (T-rex) dan Velociraptor. Tetapi ada satu dinosaur baru yang diperkenalkan dengan fosilnya ditemui pada 2008 di Jepun: Therizinosaurus.

Jika diamati penampilan fizikal Therizinosaurus, ia ibarat Edward Scissorhands versi dinosaur. Dengan tiga jari tangan kuku yang tajam, ramai menyangka kuku haiwan berkenaan mampu mengoyakkan daging haiwan yang disasarkan. Kerana menyangka ia haiwan karnivor (pemakan daging), siapa tak takut seperti Claire Dearing (Bryce Dallas Howard) dalam trailer Jurassic World: Dominion. (rujuk minit 1.29-1.35) Tetapi maaf, telahan anda salah.

Hakikatnya, berdasarkan fosil-fosil termasuk fosil yang baru ditemui di Jepun, therizinosaurus merupakan haiwan herbivor (pemakan tumbuhan). Fosil ini merupakan yang termuda dalam kalangan fosil-fosil therizinosaurus dan pertama kali dijumpai di benua Asia. Ia juga merupakan spesies baru dinosaur berkenaan yang diberi nama Paralitherizinosaurus japonicus yang bermaksud reptilia bersebelahan laut.

Fosil therizinosaurus ini ditemui di Nakagawa, Hokkaido. Dalam kebanyakan pulau di Jepun, Hokkaido menonjol kerana mempunyai banyak rekod penemuan fosil dinosaur. Saintis-saintis Jepun percaya fosil tersebut merupakan spesies therizinosaurus tetapi tidak dapat membuktikannya berikutan ketiadaan fosil dinosaur itu dalam simpanan mereka untuk dijadikan perbandingan.

Contoh fosil kuku Therizinosaurus yang dijumpai di Nakagawa, Hokkaido, Jepun. Sumber: Yoshitsugu Kobayashi

Tetapi hasil data penemuan fosil therizinosaurus yang dilaporkan di seluruh dunia termasuk di Mongolia membantu mereka mengenalpasti fosil dinosaur tersebut. Analisis fosil mendapati Paralitherizinosaurus ini hidup sekitar 82 hingga 80 juta tahun yang lalu. Kuku jari tangan haiwan ini digunakan untuk menyelongkar tumbuhan sekitarnya bagi mencari bahagian mana yang boleh dimakan.

Di sebalik rupa therizinosaurus yang pelik, jangan sangka ia lauk mudah buat dinosaur pemangsa seperti T-rex dan velociraptor. Dengan kelebihan berkaki dua, ketinggian sekitar empat hingga lima meter tinggi dan sembilan hingga 10 meter lebar serta kuku jari tangan yang tajam, haiwan pemangsa akan berfikir banyak kali sebelum mencuba mendapatkan T-rex versi herbivor itu. Ketinggian sama turut membantunya mendapatkan makanan pada bahagian atas pokok-pokok yang tinggi.

Cuma yang menjadi persoalan ialah sama ada haiwan ini mempunyai bulu atau tidak. Hal ini menjadi sumber perdebatan pengkaji dinosaur selama bertahun-tahun. Malah, untuk Jurassic World: Dominion, pengarah Colin Trevorrow memilih menampilkan Therizinosaurus sebagai dinosaur berbulu.

Yang pasti, haiwan ini hidup pada akhir Zaman Cretaceous sekaligus menjadikan ia sezaman dengan dinosaur lain seperti T-rex, Triceratops dan Spinosaurus. Tempoh itu juga merupakan tempoh dinosaur pupus kira-kira 66 juta tahun lalu dipercayai dicetuskan oleh hentaman asteroid. Kesan daripada hentaman asteroid itu dapat dilihat pada kawah Chicxulub di Teluk Mexico. Kawah yang ditemui oleh ahli geofizik  Antonio Camargo dan Glen Penfield pada tahun 70-an itu berukuran diameter 180 km dan kedalaman sejauh 20 km.

Ini bukan satu-satunya fosil Therizinosaurus yang dilaporkan ditemui di Jepun. Ini kerana terdapat dua lagi fosil yang didakwa milik dinosaur berkenaan ditemui. Tetapi sehingga hari ini, belum ada pengesahan dapat dibuat bagi mengetahui identiti fosil milik Therizinosaurus atau tidak.

Jika ya, ia pasti mengundang rasa ingin tahu para saintis tentang keadaan Jepun semasa akhir Zaman Cretaceous dan bagaimana ia menjadi habitat sempurna untuk T-rex versi herbivor itu. Selain itu, saintis juga tidak menolak jika mereka menemui lebih banyak fosil dinosaur di tapak asal Therizinosaurus ditemui di Nakagawa.

Lebih banyak fosil bermaksud lebih banyak maklumat untuk dunia dinosaur yang kita ketahui ketika ini. Dan terima kasih kepada penampilan dinosaur ini sebagai hero bersama T-rex pada akhir filem, sudah pasti minat orang ramai terhadap dinosaur berkenaan akan membara seiring dengan francais Jurassic Park/Jurassic World.

RUJUKAN

Browne, E. (2022, 10 Jun). Therizinosaurus: Jurassic World’s ‘Scythe Lizard’ That Could Kill a T. Rex. Newsweek.

Nalewicki, J. (2022, 10 Jun). Newly Described Dinosaur Used Its Massive Sword-Like Claws to Forage For Shrubs. Live Science.

Therizinosaurus - Dinosaur Yang Mampu Bunuh T-Rex 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list