Artikel Terkini

Tiada perpecahan dalam UMNO, Tajuddin dipecat kerana sikap sendiri

Tiada perpecahan dalam UMNO, Tajuddin dipecat kerana sikap sendiri
Tiada perpecahan dalam UMNO, Tajuddin dipecat kerana sikap sendiri 1

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 26 Zulkaedah 1443H, Ahad – Pengguguran Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO baru-baru ini, langsung tiada kaitan dengan perpecahan dalaman parti itu.

Penganalisis politik, Azmi Hassan percaya, keputusan menggugurkan bekas Pengerusi Prasarana itu dibuat bagi menguatkan UMNO.

Katanya, langkah itu disebabkan sikap yang ditimbulkan sendiri oleh Tajuddin dan bukannya kerana berlaku perpecahan dalam parti berkenaan.

“Selama ini ada yang mendakwa UMNO memiliki dua kumpulan yang terdiri pro Zahid Hamidi dan pro Ismail Sabri.

“Walaupun saya lihat Tajuddin lebih pro kepada Ismail Sabri, tetapi pengguguran ini tidak kena mengena dengan Ismail Sabri sebaliknya kerana sikap Tajuddin sendiri,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengguguran Tajuddin yang didakwa disebabkan wujud dua kem dominan ingin menguasai parti berkenaan.

Bagaimanapun, Azmi menegaskan pemecatan Tajuddin sebagai MKT UMNO berpunca daripada suara sumbang dirinya iaitu sering menongkah arus keputusan pimpinan tertinggi parti.

Selain, mahu menunaikan janji resolusi Perhimpunan Agung UMNO terutama berkait UMNO bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan juga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) itu sendiri.

“Pengguguran itu adalah untuk menyatupadukan dan menguatkan MKT dan sebab itu dimasukkan Isham Jalil menggantikan kerusi Tajuddin.” katanya.

Pada masa sama, Azmi menjangkakan isu pengguguran dan pemecatan ahli-ahli UMNO yang berpengaruh dan tidak sebulu dengan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak akan berlaku lagi.

Namun, beliau menegaskan pemecatan Duta Besar Malaysia ke Indonesia itu kerana masalah yang ditimbulkan sendiri.

21 Jun lalu, Tajuddin menerima surat daripada Ahmad Zahid mengenai penamatan pelantikannya sebagai ahli MKT UMNO.

Bagaimanapun, dalam surat penamatan berkenaan tidak menyatakan sebab Tajuddin dipecat.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Tiada perpecahan dalam UMNO, Tajuddin dipecat kerana sikap sendiri 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list