Artikel Terkini

Tular video wanita dipercayai dikasari suami, anak teriak cuba lindungi ibu

Tular video wanita dipercayai dikasari suami, anak teriak cuba lindungi ibu
Tular video wanita dipercayai dikasari suami, anak teriak cuba lindungi ibu 1

Apabila berlaku permasalahan dalam rumah tangga, anak antara individu turut terkesan terutama dari segi emosi kerana cuba memahami apa yang berlaku antara ibu bapa mereka.

Terbaru, tular satu video di aplikasi TikTok memaparkan pasangan dipercayai suami isteri sedang bertengkar sambil anak perempuan mereka berteriak ketakutan berdepan situasi tersebut.

Seorang pengguna TikTok, @a.zrf yang juga saksi kejadian terbabit cuba untuk meredakan keadaan sekali gus bagi mengelakkan wanita itu daripada terus dikasari si suami.

@a.zrf

saya minta maaf kerana masuk campur saya tak sanggup nak tengok anak kecil itu menangis kerena ibunya di perlakukan sebegitu . maafkan saya🙏🏻

♬ bunyi asal – wawa Najwa_92 – wawa Najwa_92

Rakaman berdurasi 25 saat itu kelihatan si suami beberapa kali bertindak menarik isterinya, manakala kanak-kanak sekitar usia enam tahun itu cuba melindungi dan memeluk ibunya.

“Saya minta maaf kerana masuk campur, saya tak sanggup nak tengok anak kecil itu menangis kerana ibunya diperlakukan sebegitu. Maafkan saya,” tulis @a.zrf.

Menerusi satu lagi rakaman, @a.zrf dilihat meminta lelaki berkenaan bertenang dan berbincang sebaiknya dengan wanita terbabit kerana kasihan melihat anak mereka sedang menangis ketakutan.

@a.zrf

Reply to @honeyqueen79_ untuk kali ke 2 jika di padam lagi saya tak post dah . maafkan saya 🙏🏻 #abgsepana

♬ original sound – A K M A L 💎 – A K M A L 💎

Meninjau ke ruangan komen, video pertama yang meraih 3.8 juta tontonan itu dihujani lebih 12,000 komen netizen dimana ramai berkongsi rasa simpati terhadap nasib wanita tersebut dan anaknya.

Selain itu, rata-rata juga mengucapkan terima kasih kepada @a.zrf yang sudi membantu bagi meleraikan pertengkaran terbabit atas dasar prihatin serta belas kasihan.

Tular video wanita dipercayai dikasari suami, anak teriak cuba lindungi ibu 2

Tular video wanita dipercayai dikasari suami, anak teriak cuba lindungi ibu 3

Tular video wanita dipercayai dikasari suami, anak teriak cuba lindungi ibu 4

Tular video wanita dipercayai dikasari suami, anak teriak cuba lindungi ibu 5

Tular video wanita dipercayai dikasari suami, anak teriak cuba lindungi ibu 6

Tular video wanita dipercayai dikasari suami, anak teriak cuba lindungi ibu 7

Bagaimanapun, @a.zrf tidak berkongsi lanjut berhubung masa dan lokasi kejadian itu berlaku atau sebarang perkembangan terkini mengenai keluarga tersebut.

Sumber: TikTok @a.zrf


Tular video wanita dipercayai dikasari suami, anak teriak cuba lindungi ibu 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list