Artikel Terkini

Tunggang basikal lajak secara bahaya video lama

Tunggang basikal lajak secara bahaya video lama
Tunggang basikal lajak secara bahaya video lama 1

KUALA LUMPUR, 13 Ramadan 1443H, Jumaat – Polis hari ini menjelaskan video tular membabitkan sekumpulan penunggang basikal lajak yang menunggang secara berbahaya di Facebook ‘We are Malaysians’, semalam, merupakan video lama.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata, semakan oleh polis terhadap video berdurasi lapan saat itu mendapati kejadian sebenar adalah pada sekitar 2016.

“Hasil semakan juga mendapati kegiatan penunggang basikal lajak dalam video yang ditularkan itu telah berlaku di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

“Dipercayai video tersebut telah sengaja ditularkan kembali menerusi media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan gambar serta video lama bagi mengelak kekeliruan dan menimbulkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sarifudin turut meminta orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau maklumat berkaitan video tular supaya menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-2026 0267/69 atau balai polis berhampiran.

Semalam tular sebuah video menerusi media sosial memaparkan aksi sekumpulan penunggang basikal lajak yang menunggang dalam keadaan berbahaya dan tindakan mereka mengundang pelbagai reaksi netizen.-  Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Tunggang basikal lajak secara bahaya video lama 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list