Infotainment

Ulasan Jabra Elite 3 – Percubaan Baik Untuk TWS Kelas Permulaan

Ulasan Jabra Elite 3 – Percubaan Baik Untuk TWS Kelas Permulaan
Ulasan Jabra Elite 3 – Percubaan Baik Untuk TWS Kelas Permulaan 1

Didalam pasaran TWS, Jabra boleh dikatakan antara jenama ternama yang berada di kelas premium, dan kerap menawarkan aksesori audio yang baharu setiap tahun. Untuk tahun ini, mereka melancarkan pelbagai siri Elite terbaru dan disini saya ingin mengulas mengenai Jabra Elite 3.

Ulasan Jabra Elite 3 – Percubaan Baik Untuk TWS Kelas Permulaan
Ulasan Jabra Elite 3 – Percubaan Baik Untuk TWS Kelas Permulaan 11

Jabra Elite 3 disasarkan sebagai peranti audio kelas permulaan, dimana fungsinya tidak sebanyak versi yang lain namun tidak sedikitpun mengurangkan kegunaan hariannya. Ia hadir dalam bekas kelongsong yang juga bertindak sebagai pengecas, mampu memberikan waktu operasi berterusan sehingga 7 jam, dengan waktu bersedia 28 jam termasuk dengan tempoh ketika ia dicaj dalam bekas kelongsong.

Berbanding dengan Jabra Elite 65t yang pernah saya ulas sebelum ini, kualiti binaan dari kelongsong sehinggalah kepada earbuds ini agak jauh berbeza. Mungkin berikutan harganya, kualiti binaan haruslah bersesuaian namun memang dapat dirasakan kualiti binaan Jabra Elite 3 terutamanya pada bekas kelongsongnya sedikit lebih ‘murah’. 

Ulasan Jabra Elite 3 – Percubaan Baik Untuk TWS Kelas Permulaan 3
Ulasan Jabra Elite 3 – Percubaan Baik Untuk TWS Kelas Permulaan 12

Apa yang dimaksudkan disini adalah meskipun ia hadir dalam kemasan matte yang mengurangkan kesan-kesan cap jari, pengalaman memegang dan membukanya memang boleh dirasakan murah. Namun begitu, untuk earbuds tidak terdapat kekurangan dalam kualiti. Mungkin ini salah satu cara bagi membolehkan peranti ini dijual pada harga kelas permulaan. Apapun pujian harus diberikan kepada bentuknya yang kini mudah untuk diletakkan di permukaan yang rata. Ini sememangnya berbeza dengan rekaan terdahulu. 

Bercakap mengenai fungsi, Jabra Elite 3 ini juga hadir dengan sokongan aptX yang berupaya melakukan tambatan pantas menerusi fungsi Android terbina iaitu Fast Pair, dan juga kualiti bunyi yang agak bagus. Namun sokongan aptX ini hanya berfungsi dengan lebih baik untuk Android, dan ada penanda untuknya. 

Ulasan Jabra Elite 3 – Percubaan Baik Untuk TWS Kelas Permulaan 4
Ulasan Jabra Elite 3 – Percubaan Baik Untuk TWS Kelas Permulaan 13

Dari segi ketahanan bateri, pada hemat saya ia menepati apa yang ditawarkan, dengan penggunaan berterusan selama 6 jam dan diperpanjangkan dengan kelongsong selama 28 jam. Saya sendiri hanya beberapa kali mengecas perantin ini, dan tidak berasakan pernah kehabisan bateri. 

Sebagai salah satu peranti Jabra yang ditawarkan untuk kelas permulaan, Jabra Elite 3 ini tidak mempunyai sebarang pembatalan hingar aktif akan tetapi ia mempunyai penebat bunyi menggunakan eartip yang agak baik. Malah ia selesa dipakai untuk satu jangkamasa dan, bentuk serta saiznya kini boleh diberikan pujian kerana tidak terlalu besar dan tidak menyelesakan. Antara Jabra Elite 65t dan Elite 45e, saya rasakan rekaan Jabra tahun ini lebih selesa, kecil, tidak terlalu ‘menyumbatkan’ telinga.

Ulasan Jabra Elite 3 – Percubaan Baik Untuk TWS Kelas Permulaan 5
Ulasan Jabra Elite 3 – Percubaan Baik Untuk TWS Kelas Permulaan 14

Namun begitu walaupun tiadanya pembatalan hingar aktif, TWS ini masih menyertakan fungsi HearThrough, iaitu fungsi yang membenarkan bunyi dari luar didengari. Fungsi ini biasanya disertakan pada TWS yang mahal, dan membenarkan fungsi HearThrough ini sedikit sebanyak membantu membuatkan pengguna sedar dengan keadaan disekeliling. Anda hanya perlu menekan butang disebelah kiri untuk mengaktifkan fungsi ini, atau mematikannya. 

Jika anda kerap menggunakan peranti Jabra, kebiasannya akan terdapat pernyataan suara yang akan memberikan maklumbalas kepada pengguna. Pengguna dapat mendengar sebutan seperti ‘HearThrough’, ‘Noise Cancelling On’, dan juga tahap bateri serta arahan suara untuk tambatan TWS namun kesemua sebutan suara ini tidak akan didengari apabila anda menukar mod ‘HearThrough’ sebaliknya digantikan dengan nada bunyi.

Ulasan Jabra Elite 3 – Percubaan Baik Untuk TWS Kelas Permulaan 6
Ulasan Jabra Elite 3 – Percubaan Baik Untuk TWS Kelas Permulaan 15

Bercakap mengenai kualiti bunyi, ia mungkin tidak dapat menandingi kualiti peranti TWS yang lebih premium, boleh dikatakan ia dapat memberikan audio yang baik. Boleh dikatakan hampir menyamai, atau lebih baik dari AirPods dan lebih baik jika pengguna memilih tetapan runut bunyi yang terdapat menerusi aplikasi Jabra Sound+. Menerusi aplikasi ini, terdapat 6 pilihan bunyi namun pengguna tidak bebas untuk menetapkan Equalizer sendiri.

Dari pengamatan saya, 6 pilihan bunyi ini boleh dikatakan mencukupi bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam peranti audio, kerana kesemua tetapan pilihan runut bunyi ini bukan sahaja berbeza malah, memberikan berupaya memberikan identiti kepada lagu yang anda dengari. Seperti contoh Energize yang boleh dikatakan seolah-olah kombinasi antara Treble Boost dan Bass Boost, atau pilihan bunyi Smooth yang hanya kurang sedikit memenuhi rongga telinga anda.

Boleh disimpulkan untuk Jabra Elite 3, ia merupakan percubaan terbaik Jabra untuk memasuki peranti kelas permulaan dan ditawarkan pada harga RM 389 dengan 4 pilihan warna serta jaminan selama 2 tahun. Untuk TWS dengan ketahanan air IP55, ia mungkin sedikit mahal berbanding pesaing lain namun perlu diingatkan, ini adalah dari Jabra yang sedia popular dengan peranti audio, sebelum jenama lain tumbuh bagai cendawan. 

Pro

  • Berupaya meredam bunyi luaran dengan baik meskipun tanpa pembatalan hingar aktif.
  • Menyokong tambatan Fast Pair / AptX
  • Pelindungan ketahanan air IP55
  • Saiz lebih kecil mudah dibawa

Kontra

  • Kualiti kelongsong yang tampak nipis dan tidak kukuh
  • Ketiadaan Equalizer
  • Ketiadaan arahan suara bagi memberikan petunjuk kepada pengguna
Ulasan Jabra Elite 3 – Percubaan Baik Untuk TWS Kelas Permulaan 7
Ulasan Jabra Elite 3 – Percubaan Baik Untuk TWS Kelas Permulaan 16

Ulasan Jabra Elite 3 – Percubaan Baik Untuk TWS Kelas Permulaan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list