Artikel Terkini

Universiti Harvard Kantoi Peram 7,000 Mayat Orang

Universiti Harvard Kantoi Peram 7,000 Mayat Orang
Universiti Harvard Kantoi Peram 7,000 Mayat Orang 1

Ramai tidak begitu tahu tentang sejarah kedatangan Inggeris di bumi Amerika. Semua pakat menyangka Inggeris datang dan terus berlaku perang. Hakikatnya tidak. Antara tahun 1600 hingga 1750, kuasa-kuasa Eropah terhegeh-hegeh ingin ke Alam Baru (New World) iaitu bumi Amerika. Katanya tanah situ sangat besar dengan sumber tidak terhingga. Jadi Inggeris dan Perancis paling ke hadapan. Apabila Inggeris datang, mereka cepat menjalinkan hubungan dengan Persekutuan Iroquois, yakni sebuah gagasan pribumi Amerika. Pakatan Inggeris-Iroquois berjaya memusnahkan cita-cita awal Perancis untuk menduduki bumi Amerika.

Inggeris menang perang dan terus mengambil semua tanah di bahagian timur Sungai Mississippi. Kaum pribumi tiada masalah memberi. Mereka menyangka pakatan tersebut sudah cukup untuk mengakhiri cita-cita bangsa-bangsa Eropah. Masalahnya, pakatan ini hanya menangguhkan penjajahan sahaja. Tidak lama kemudian, kaum pribumi mula bercakaran antara satu sama lain dan kemudian dibedil bangsa-bangsa Eropah, termasuk Inggeris sendiri (National Geographic, n.d.). Maka pendudukan Inggeris di bumi Amerika berjaya ikut peringkat. Bukan sekali gus.

Sampai satu masa, koloni Inggeris sendiri naik menyampah dengan kerenah Inggeris (sudah menjadi British). Maka mereka berperang dan Amerika Syarikat diisytihar merdeka.

Benda Yang Sudah Tidak Sudah

Satu saja masalah Amerika Syarikat. Rakyatnya bersatu secara populasi. Namun dari segi bangsa dan budaya, banyak benda perlu dilakukan. Dendam terlalu pekat terbuku dalam jiwa negara. Sistem perhambaan sudah berakhir. Tetapi ketidakadilan undang-undang pada minoriti masih ada. Kata kaum pribumi diberi hak kebudayaan. Tetapi baru-baru ini, Universiti Harvard sendiri didapati masih menyimpan 7,000 mayat warga pribumi.

Terlalu banyak “kata” dan “tetapi”. Itu masalahnya.

Untuk pengetahuan semua, Kongres Amerika Syarikat meluluskan Akta Perlindungan dan Pemeliharaan Makam Pribumi Amerika (NAGPRA). Sesudah lulus, Presiden George H.W. Bush terus menandatangani NAGPRA sebagai undang-undang persekutuan. Dibawah akta ini, kaum pribumi mendapat hak mutlak bagi setiap 1) barangan kebudayaan, 2) mayat-mayat pribumi dan 3) kubur sedia ada dan masa akan datang. Dengan kata mudah, NAGPRA menjaminkan yang semua mayat pribumi akan diserahkan kepada suku masing-masing.

Sekadar bercerita. Pada tahun 1940, sepasang suami isteri menemui sebuah mumia dalam Gua Spirit. Mumia 9,400 tahun ini disimpan untuk kajian. Namun beberapa dekad kemudian, mumia ini disahkan nenek moyang warga pribumi sedia ada. Jadi kerajaan Amerika Syarikat wajib menyerahkan mumia ini dibawah NAGPRA. Warga pribumi mengemukakan saman terhadap kerajaan – dan menang. Mumia ini dikebumikan ikut adat istiadat tempatan Suku Paiute-Shoshone (Callaway, 2016).

Kalau mumia 9,400 tahun dituntut warga pribumi, agak-agak apa rasanya akan jadi pada Universiti Harvard? Kerajaan Amerika Syarikat pun kalah saman tau!

Kesalahan Universiti Harvard

Pada tahun 2021, Universiti Harvard menubuhkan sebuah jawatankuasa khas tentang hal koleksi muzium dan mayat manusia disimpan universiti (Chang, 2022). Selepas lebih setahun menyiasat, jawatankuasa ini akhirnya menyerahkan laporan. Pihak media pantas buat kerja, mendedahkan isi laporan untuk sensasi umum. Punca sensasi bukan kerana tulisan pihak media. Sebaliknya isi kandungan media itu yang menimbulkan rasa amarah.

Dalam tempoh 32 tahun, Universiti Harvard didapati menyimpan 10,000 mayat warga pribumi. Ikut undang-undang, perbuatan ini salah di sisi undang-undang persekutuan. Namun tiada apa yang berlaku pada Universiti Harvard. Life goes on katakan. Ibarat menyapu garam pada luka, pihak pengurusan tahu pasal hal ini. Kalau mereka tidak tahu, masakan mereka akan pulangkan 3,000 mayat antara tahun 1990 hingga 2022. 3,000 mayat sudah dikembalikan. 7,000 berbaki, diperam tanpa mengambil kira perasaan atau piawaian etika mahupun moral.

Maka jawatankuasa terbabit menggesa Universiti Harvard cepat buat kerja dan ikut undang-undang NAGPRA. Universiti Harvard pula menyatakan kekesalan mereka – bukan pasal simpan 7,000 mayat. Mereka kesal terhadap jawatankuasa ini kerana dedahkan “laporan yang tidak lengkap” (Brockell, 2022). Pelik – bukan peram mayat yang salah. Dedahkan pasal peraman ini yang salah.

RUJUKAN:

Brockell, G. (2022, Jun 2). Harvard has remains of 7,000 Native Americans and enslaved people, leaked report says. The Washington Post.

Callaway, E. (2016). Ancient genome delivers ‘Spirit Cave Mummy’ to US tribe. Nature. 540 (7632): 178-179.

Chang, C. (202, Jun 1). Harvard Holds Human Remains of 19 Likely Enslaved Individuals, Thousands of Native Americans, Draft Report Says. The Crimson.

National Geographic. (n.d.). Native Americans in Colonial America.

Universiti Harvard Kantoi Peram 7,000 Mayat Orang 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list