Artikel Terkini

US Dipaksa Kembalikan Khazanah Yang Dirompak Daripada Iraq

US Dipaksa Kembalikan Khazanah Yang Dirompak Daripada Iraq
US Dipaksa Kembalikan Khazanah Yang Dirompak Daripada Iraq 1

Cita-cita Saddam Hussein untuk menduduki Kuwait berakhir dengan sebuah peperangan yang sangat dahsyat. Amerika Syarikat tiba-tiba datang dengan bala tentera 35 buah negara. Mereka mengambil masa empat hari sahaja untuk menewaskan Iraq dan membuka semula negara Kuwait. Pada masa ini, ramai dalam kalangan rakyat Iraq sangat risau kerana bila-bila masa saja pihak Barat akan tembus masuk. Pentadbiran George H.W. Bush dijangka akan mara terus sampai ke Baghdad untuk menumbangkan Saddam. Jadi ramai pakat menggila habis. Dalam kegilaan yang melanda, banyak tempat menjadi mangsa.

Salah satu tempat adalah sebuah muzium yang menyimpan antara teks tertua dunia – Epik Gilgamesh. Sekadar rumusan, Epik Gilgamesh bercerita tentang lagenda dua pewira iaitu Gilgamesh dan Enkidu.

Epik Gilgamesh.

Kerana 12 batu bersurat ini, satu dunia masih kenang nama mereka. Dan salah satu batu bersurat ditempatkan di Muzium Iraq pada masa Barat berperang dengan Saddam.

Tablet Mimpi Gilgamesh Yang Penting

Perang Teluk tamat pada 28 Februari 1991. Saddam Hussein kekal sebagai Presiden Iraq. Namun Iraq yang tinggal tidak sama untuk dibandingkan dengan Iraq sebelumnya. Tidak lama kemudian, mereka akhirnya sedar yang Gilgamesh Dream Tablet hilang. Pahit untuk terima yang Muzium Iraq menjadi mangsa penjarahan tidak bertanggungjawab. Itulah kenyataan. Iraq hilang salah satu khazanah bernilai. Dan tiada siapa tahu mana ia pergi. Misteri ini kekal dalam persoalan sampai tahun 2019.

Gilgamesh Dream Tablet.

Tetapi cerita bermula tahun 2014. Gilgamesh Dream Tablet timbul di Amerika Syarikat dibeli syarikat Hobby Lobby yang ingin mempamerkannya di Muzium Bibel. Untuk pengetahuan semua, muzium ini terletak di Washington, D.C., dimiliki David Green yang pro-dakwah evangelisme. Kerajaan Amerika Syarikat mendapat tahu pasal hal ini lima tahun seterusnya. Dengan cepat mereka bertindak.

Peram Harta Rampasan

Gilgamesh Dream Tablet patutnya didaftar dulu sebelum masuk dalam Amerika Syarikat. Tetapi memandangkan ia diurus melalui pasaran haram, pembelian Hobby Lobby dianggap tidak sah. Transaksi yang melanggar undang-undang persekutuan secara automatik dikira terbatal. Atas sebab itu, mereka terus merampas Gilgamesh Dream Tablet.

Ikut siasatan rasmi, Hobby Lobby membeli daripada seorang penjual barangan bersejarah (yang tidak dapat dikenal pasti). Penjual ini pula mengimport masuk ‘Serpihan Gangsa’ dalam sebuah kotak pada tahun 2003 (Hurley, 2017). Namun kotak ini sebenarnya mengandungi Gilgamesh Dream Tablet. Identiti semua yang terlibat dalam proses pengimportan tersebut juga tidak dapat dikenal pasti.

Peluang keemasan untuk mengkaji.

Bunyi macam merepek – hampir sama seperti alasan WMD. Tetapi buat masa ini, itulah penjelasan rasmi.  Jadi dapat pada tangan kerajaan Amerika Syarikat, Gilgamesh Dream Tablet menjadi subjek birokrasi Washington, D.C. Selama dua tahun Amerika Syarikat pegangnya. Tidak pasti jika ada kajian rahsia. Tetapi yang pasti, September lalu, Amerika Syarikat telah memulangkannya kepada Iraq (Helsel, 2021).

Kepedihan Di Alam Nyata

Bayangkan – Gilgamesh Dream Tablet berada di luar Iraq selama 28 tahun. Kalau bukan kerana pembelian Hobby Lobby, sampai hari ini tiada siapa tahu kedudukannya. Sekarang ia sudah kembali ke tanah airnya, dibawah penjagaan Institusi Smithsonian. Dan percaya tidak – Amerika Syarikat telah memulangkan 17,000 artifak bersejarah. Banyak yang diambil semasa Perang Teluk. Banyak yang diambil semasa Perang Iraq. Ia membuktikan kelingkupan suatu negara yang dimangsakan perang.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Ini nasib Iraq. Sekarang bayangkan nasib Malaysia. Apa yang hilang agaknya semasa penjajahan semua penjajah rakus terdahulu?

RUJUKAN:

Helsel, P. (2021, September 23). Ancient Gilgamesh tablet taken from Iraq and bought by Hobby Lobby is returned. NBC News.

Hurley, B. (2017, Julai 27). US seizes Epic of Gilgamesh tablet, considered one of world’s oldest works of literate, from Hobby Lobby. Independent UK.

US Dipaksa Kembalikan Khazanah Yang Dirompak Daripada Iraq 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list