Artikel Terkini

Ustaz Ebit Lew pesan zink dari KL demi mangsa ribut di Ipoh —

Ustaz Ebit Lew pesan zink dari KL demi mangsa ribut di Ipoh —
Ustaz Ebit Lew pesan zink dari KL demi mangsa ribut di Ipoh — 1

Ustaz Ebit Lew pesan zink dari KL demi mangsa ribut di Ipoh — 2
EBIT Lew ketika misi membantu mangsa ribut di Ipoh hari ini

IPOH: Pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew memesan zink dari Kuala Lumpur untuk mangsa ribut menggantikan atap rumah mereka yang rosak akibat ribut di beberapa kawasan di sini semalam.

Perkara itu dikongsi oleh Ebit Lew dalam laman Facebook beliau hari ini.

Dalam perkongsiannya, pendakwah itu berkata, beliau berada di Ipoh dalam misi membantu penduduk yang rumah mereka musnah kesan ribut dan puting beliung semalam.

“Doakan kami tengah order zink dari KL sekejap lagi sampai. Sebab kedai hardware sini tutup cuti.

“Berat ujian mereka. Di Kampung Tawas ramai Chinese siap-siap nak sambut raya Cina habis semua atap, bilik, dinding. Beri sedikit hadiah dan beri kata semangat. Mereka tumpang di dewan orang ramai,” katanya.

Ebit Lew berkata, beliau juga ke Desa Seri Impian di sini yang turut terdapat mangsa ribut.

“Habis rumah mereka. Beri sedikit sumbangan dan doa buat mereka,” katanya.

Ribut semalam menyebabkan 219 buah rumah terjejas iaitu 30 rumah di Desa Seri Chepor,  49 rumah di Kampung Tawas dan Kampung Tasek Damai, 30 rumah di Klebang dan 110 buah di Taman Desa Impian.

Terdahulu hari ini, kerajaan negeri mengumumkan bantuan segera sebanyak RM300 kepada setiap penduduk yang terjejas ribut bagi memperbaiki kerosakan terutama menggantikan atap yang rosak.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, bantuan diserahkan kepada penduduk terlibat hari ini.

Menurutnya, bantuan itu boleh digunakan untuk membeli kepingan zink agar kerja-kerja menggantikan atap rumah yang rosak dengan segera.

“Tindakan segera ketika ini ialah untuk memperbaiki bumbung rumah yang rosak atau yang diterbangkan angin kerana dibimbangi jika hujan, air hujan akan memberikan kerosakan yang lebih teruk di dalam rumah,” katanya.

Ustaz Ebit Lew pesan zink dari KL demi mangsa ribut di Ipoh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Ustaz Ebit Lew pesan zink dari KL demi mangsa ribut di Ipoh — 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list