Artikel Terkini

Wan Azizah dipanggil ke Bukit Aman petang ini

Wan Azizah dipanggil ke Bukit Aman petang ini
Wan Azizah dipanggil ke Bukit Aman petang ini 1

KUALA LUMPUR, 25 Jamadilakhir 1443H, Jumaat – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada pukul 3 petang ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, Wan Azizah dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan penerbitan buku bertajuk  ‘My Story: Justice in the Wilderness’ ditulis bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

“Ini adalah prosedur biasa dalam sesuatu siasatan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan pasukan petugas khas siasatan ke atas dakwaan Tommy dalam bukunya itu, mengadakan mesyuarat pertama di ibu negara, pada 23 Dis lepas.

Pasukan khas itu ditubuhkan bagi membuat siasatan awal berhubung beberapa dakwaan yang ditulis dalam buku itu termasuk isu pelantikan hakim, campur tangan melampau badan eksekutif dalam sistem kehakiman dan pendakwaan terpilih.

Tommy menerbitkan buku berkenaan pada awal tahun tahun lalu, namun menerima banyak kritikan daripada pelbagai pihak antaranya Jabatan Peguam Negara, peguam, ahli politik dan orang awam kerana dikatakan mengandungi unsur hasutan, penghinaan serta fitnah. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Wan Azizah dipanggil ke Bukit Aman petang ini 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list