Artikel Terkini

Wanita Bukan Pemimpin?

Wanita Bukan Pemimpin?
Wanita Bukan Pemimpin? 1

Sebagai seorang Islam, sudah pasti nama Siti Khadijah al Kubra atau Khadijah Khuwailid sangat dikenali. Beliau adalah isteri pertama kepada Rasulullah saw juga orang yang pertama kali beriman kepada Allah dan kenabian Rasulullah. Sebelum bernikah dengan Rasulullah, Saidatina Khadijah merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dikhabarkan kecekapan berniaga beliau diwarisi daripada ayahandanya. Sewaktu kelahiran Saidatina Khadijah, pada waktu itu mempunyai anak perempuan dianggap satu aib bagi keluarga dan anak perempuan dibunuh setelah lahir ke dunia. Namun ayahanda dan bonda Saidatina Khadijah memilih untuk memelihara beliau dan terbukti dengan didikan yang baik, perusahaan yang diwarisi berkembang maju dan Saidatina Khadijah berjaya memimpin perusahaan yang pesat dan disegani oleh ramai orang termasuklah dari kaum kafir Quraisy sendiri.

Perniagaan beliau dijalankan dengan penuh integriti dan Saidatina Khadijah juga dikhabarkan mempunyai empati dan keluhuran budi yang sangat tinggi kepada para pekerjanya dan juga rakan kongsi, tidak lupa juga orang ramai. Beliau pernah menyuruh pekerjanya sentiasa membuka pintu kedai miliknya agar mereka yang kurang berkemampuan dan lapar boleh masuk dan meminta makanan.

Empati. Salah satu kurniaan istimewa Maha Esa kepada wanita. Ia bukanlah kelemahan seperti yang didakwa. Sifat empati yang ada dalam diri wanita membolehkan wanita ini seperti sesumpah – memahami dan mengerti keadaan yang dialami oleh orang lain. Dan sifat empati ini sebenarnya yang menuntut diri seseorang itu untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya. Ya, saya akui ada juga wanita yang tidak mendapat kurniaan sebegini, namun rata-rata wanita pasti mempunyai empati ; terutamanya bila sudah bergelar ibu. Rasa empati itu semakin kuat.

Ramai yang memandang rendah kepada tugas suri rumah sepenuh masa. Namun ramai tidak menyedari, kepimpinan wanita dan kecekapan wanita dalam menguruskan hal rumahtangga sebenarnya menjadikan sesebuah keluarga dan rumah itu makmur dan harmoni. Di sini sebenarnya kepintaran wanita terserlah. Di sini sebenarnya bukti kukuh bahawa wanita boleh menjadi pemimpin.

Saya berasa sedih setiap kali mendengar ramai yang memperkecilkan sifat kepimpinan wanita. Bertambah sedih lagi jika ia keluar dari mulut seorang wanita. Ini adalah satu penghinaan yang sangat tidak boleh diterima. Saya terfikir, apa yang wanita ini capai apabila dia menjatuhkan keupayaan wanita lain? Tidak cukup dengan stereotaip yang dicampakkan kepada wanita, terima kasih kepada sistem patriarki yang kini sebenarnya tidak boleh digunakan sama sekali!

Awalan tulisan ini telah saya berikan contoh yang dekat dengan diri seorang Islam dan seorang manusia. Bayangkan jika satu hari hidup kita tidak diuruskan oleh ibu kita? Bagaimanakah rasanya? Itu belum lagi kita cerita mengenai wanita yang berkerjaya dan masih mampu menguruskan hal rumahtangga. Kemampuan wanita ini amat luar biasa. Wanita ini diciptakan oleh Yang Maha Agung dengan resipi yang cukup istimewa. Namun mengapa ada yang menolak keistimewaan ini? Mengapa mudah kita menerima kata-kata stereotaip sang lelaki bahawa kita ini tidak mampu memimpin dan kita ini bukan dilahirkan untuk memimpin. Habis di rumah kita yang menguruskan kita itu siapa kalau bukan wanita? (Ya ada juga lelaki kini namun mari kita bercerita tentang wanita ya! Lain kali kita cerita pasal lelaki yang menguruskan rumahtangga.) Wanita di rumah itu contoh terdekat kepimpinan terbaik dalam dunia. Apa lagi bukti yang perlu diberikan?

Jika di persada dunia, dahulu kita punya Margaret Thatcher yang mendapat jolokan “Iron Lady” oleh musuhnya. Kemudian dunia melihat Benazir Bhutto, wanita pertama menjadi Perdana Menteri di negara Islam. Cory Aquino, seorang suri rumah biasa yang berjaya menjadi Presiden Filipina. Megawati Sukarnoputri, presiden wanita pertama Republik Indonesia juga wanita keenam menjadi pemimpin di negara majoriti Islam. Terkini kita punya Jacinda Ardern, Perdana Menteri New Zealand yang tersohor kerana berjaya mengawal dan menguruskan pandemik Covid-19 dengan baik di negaranya. Jangan kita lupa Magdalena Andersson, Perdana Menteri Sweden. Ini adalah wanita hebat yang boleh memimpin yang telah disaksikan dunia.

Negara kita juga punya ramai wanita hebat. Kita punya Timbalan Perdana Menteri wanita yang pertama, Dr Wan Azizah Wan Ismail. Kita punya Timbalan Speaker Dewan Rakyat wanita yang pertama, Azalina Othman Said. Kita punya speaker DUN wanita pertama di negeri Selangor, Hannah Yeoh. Kita punya ramai wanita hebat, tidak kira lapisan usia.

Jadi mengapa kita perlu katakan lagi wanita ini bukan pemimpin? Kenapa kita perlu terapkan pemikiran dan idea kuno ini di dalam pemikiran anak perempuan kita dan hancurkan impian mereka untuk menakluk dunia dalam apa jua bidang yang mereka mahu?

Apa lagi yang perlu wanita buktikan untuk benar-benar dunia dan segelintir wanita lain mengerti bahawa wanita boleh memimpin, bahkan lebih baik dari lelaki? Sejarah telah membuktikannya. Jadi mengapa masih lagi ada yang tidak mahu percaya. Adakah hina dan lemah sangat kaum wanita ini?

Jangan kita racuni pemikiran anak-anak perempuan kita dengan tanggapan ini. Anak perempuan harus diajar untuk berdikari agar mereka boleh membuat penilaian sendiri dengan yakin mengenai hala tuju diri mereka. Kepimpinan bermula dengan keyakinan. Mereka juga perlu diberikan ruang yang setara dengan anak lelaki. Perbezaan gender perlu diketepikan. Persepsi kuno perlu dihapuskan sekarang! Maka berhentilah mengatakan wanita tidak boleh menjadi pemimpin. Kata-kata ini lahir dari sikap pengecut! Kerana dalam segala hal di dalam dunia ini, wanita sesungguhnya boleh, bukan sahaja untuk memimpin bahkan untuk ke bintang dan bulan juga wanita boleh!

 


Wanita Bukan Pemimpin? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list