Artikel Terkini

Kertas siasatan pelakon tumbuk isteri dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya esok

Kertas siasatan pelakon tumbuk isteri dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya esok
Kertas siasatan pelakon tumbuk isteri dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya esok 1

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan kes seorang pelakon yang didakwa menumbuk isterinya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh telah dilengkapkan dan akan dihantar kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya pada Selasa ini,

“Sama ada pelakon lelaki itu akan dipanggil semula untuk siasatan nanti adalah bergantung kepada keputusan yang akan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya kelak,” kata Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi.

Polis juga telah mendapatkan perintah mahkamah pagi tadi bagi menghalang pelakon itu daripada melakukan perbuatan sama terhadap mangsa sementara siasatan dijalankan polis.

Pelakon itu ditahan 5 Mac lalu selepas hadir untuk memberi keterangan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Bagaimanapun, pelakon itu telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah selesai dirakam percakapan pada hari yang sama.

Dalam kes sama, polis juga merakam keterangan daripada mangsa serta dua lagi individu iaitu saksi kejadian itu.

Kes berkenaan sedang disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Pada 2 Mac lalu, isteri kepada pelakon itu membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang Kepong dengan dakwaan dia telah ditumbuk oleh suaminya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan di bahagian mata kiri.

Insiden itu telah menimpa mangsa ketika berada dengan suaminya dalam kereta yang dihentikan di kawasan R&R itu.-MalaysiaGazette

Kertas siasatan pelakon tumbuk isteri dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya esok 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

See also  Layanan Rumi kepada Perempuan - The Patriots