Artikel Terkini

KPM meterai Kod Sukan Selamat dengan KBS minggu depan

KPM meterai Kod Sukan Selamat dengan KBS minggu depan
KPM meterai Kod Sukan Selamat dengan KBS minggu depan 1

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan memeterai Kod Sukan Selamat dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) minggu depan bagi memastikan ekosistem sukan lebih selamat dalam kalangan murid sekolah.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, apabila dimeterai kelak, kod sukan itu akan terpakai untuk semua kejohanan sukan anjuran KPM.

Beliau berkata, kementerian akan memberi komitmen penuh kepada kod sukan itu bagi memastikan ekosistem selamat untuk murid bersukan selain dilindungi daripada sebarang bahaya seperti gangguan seksual dan buli.

“Saya dimaklumkan intipati kod sukan selamat itu berdasarkan kod olimpik merangkumi banyak aspek termasuk etika, hubungan, peranan ibu bapa dan komuniti sukan secara keseluruhan.

“Kod sukan itu juga berkait rapat dengan akses untuk membuat aduan sekiranya ada kes-kes gangguan seksual, buli dan sebagainya,” katanya pada sidang akhbar ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Takwim Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Tahun 2023 di sini, hari ini.

Sebelum ini, KBS mengumumkan akan memperkenalkan Kod Sukan Selamat yang merangkumi aspek keselamatan gangguan seksual, buli dan keganasan.

Dalam perkembangan lain, Fadhlina berkata, kejohanan MSSM 2023 akan dilaksanakan secara empat fasa dan dimulakan dengan Kejohanan merentas desa di Kelantan pada 15 Julai depan.

Selain itu, katanya, 16 sukan lain akan dikelolakan dalam fasa dua (25 hingga 30 Ogos 2023) manakala enam sukan lagi di fasa tiga (19 hingga 23 September 2023).

“Seperti kebiasaannya, kejohanan olahraga yang disifatkan sebagai acara kemuncak akan menutup tirai kejohanan MSSM pada 15 hingga 19 Oktober 2023.

“KPM menyasarkan penyertaan seramai 19,232 orang termasuk murid, jurulatih, pengurus dan pegawai kontinjen Majlis Sukan Negeri merangkumi kumpulan umur bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun,” katanya. – KOSMO! ONLINE

See also  Resipi Apam Kampung, Lembut Gebu Memang Sedap


KPM meterai Kod Sukan Selamat dengan KBS minggu depan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo