Artikel Terkini

Nekad selamatkan anjing tersepit dalam kenderaan kemalangan

Nekad selamatkan anjing tersepit dalam kenderaan kemalangan
Nekad selamatkan anjing tersepit dalam kenderaan kemalangan 1

GEORGE TOWN – Seorang pekerja syarikat trak tunda nekad menyelamatkan seekor anjing tersepit dalam sebuah kereta yang terbabit kemalangan di Gelugor di sini meskipun dirinya luka akibat digigit haiwan tersebut.

Lelaki yang ingin dikenali sebagai Deva, 30, berkata, dia menyedari anjing itu selepas mendengar bunyi salakkan sebaik mangsa kemalangan yang mengalami kecederaan dibawa pihak ambulans.

“Saya tiba agak lewat di lokasi kemalangan iaitu kira-kira pukul 11 malam sebelum terdengar bunyi anjing menyalak dari arah salah sebuah kereta yang terlibat kemalangan.

FA20AC14 A35D 4101 A55E F69256BB8CD6 1024x577
Anjing tersebut bersembunyi di bahagian bawah kereta sekali gus menyukarkan tindakan menyelamatkannya.

“Kemudian rakan sekerja memberitahu terdapat seekor anjing tersepit dalam kenderaan tersebut. Susulan itu, saya bertindak memecahkan cermin kereta jenis Honda City itu untuk menyelamatkan haiwan terbabit.

“Ketika dalam proses menyelamatkan, anjing tersebut bertindak agresif dan menggigit kedua-dua tangan saya sehingga menyebabkan kecederaan pada jari serta tapak tangan,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Menurut Deva, akibat serangan itu, anjing tersebut terlepas daripada tangannya sebelum bersembunyi di bahagian bawah kenderaan tersebut.

“Orang ramai khususnya pekerja trak tunda cuba mengalihkan kereta yang terbalik itu namun tiba-tiba anjing tersebut lari daripada gengaman saya dan bersembunyi di bahagian bawah kenderaan.

2A6BD75D CBDA 4CB9 9340 CDE7554A5655 1024x581
Orang ramai turut membantu pekerja trak tunda menyelamatkan anjing tersebut.

“Ia sekali gus menyukarkan proses menyelamatkannya kerana bimbang dihempap kereta.

“Bagaimanapun, dengan bantuan rakan di lokasi saya teruskan usaha menyelamatkan anjing sebelum ia diserahkan kepada seorang wanita yang sudi menjaganya sementara pemilik asal menerima rawatan di hospital,” katanya.

50B60E5B BD03 490C B0DC FD49EED41CD7 1024x768
Deva (kiri) menyerahkan anjing itu kepada seorang wanita di lokasi kemalangan.

Tambah Deva, sepanjang 19 tahun bekerja dengan syarikat trak tunda, ini merupakan pengalaman pertama menyelamatkan haiwan peliharaan di lokasi kemalangan. – MalaysiaGazette

Nekad selamatkan anjing tersepit dalam kenderaan kemalangan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah

See also  Siapa Sebenarnya Sultan Ismail? - The Patriots
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo