Artikel Terkini

Tudung bawal Rahmah cantik, mampu milik

Tudung bawal Rahmah cantik, mampu milik
Tudung bawal Rahmah cantik, mampu milik 1

TIDAK hanya terhad kepada menu Rahmah, pengusaha jenama tudung terkemuka turut menyahut seruan kerajaan untuk bersama-sama meringankan beban rakyat dengan menawarkan hijab pada harga yang sangat mampu milik.

Antara jenama yang mempraktikkan pendekatan itu ialah Kekaboo yang menawarkan sebanyak 290,000 tudung bawal Rahmah dengan 73 rekaan pelbagai corak dan warna sempena hari raya Aidilfitri tahun ini.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kekaboo, Tajuddin Mohamad Nor, tujuan pihaknya mengeluarkan tudung Rahmah itu sebagai tanda sumbangan mereka kepada negara, rakyat dan wanita sempena perayaan Aidilfitri.

“Inisiatif ini dapat meringankan beban wanita di luar sana untuk bergaya pada hari raya tanpa perlu mengeluarkan bajet yang besar.

“Kami faham pada bulan Mac dan April adalah musim persekolahan bermula, begitu juga bulan Ramadan, apatah lagi dengan bencana banjir di beberapa tempat membuatkan orang ramai berasa sangat terbeban untuk membeli pakaian baharu.

“Sehubungan itu, dengan penjualan bawal Rahmah yang berharga RM15 sehelai membolehkan orang ramai memiliki tudung berkualiti tinggi pada harga mampu milik,” katanya kepada Stailo baru-baru ini.

Tambah beliau, sambutan yang diterima sangat luar biasa. Tudung Rahmah itu berjaya dijual 20,000 helai dalam masa dua jam.

IMG 0600ss
Barisan model menggayakan tudung bawal Rahmah yang sesuai digayakan pada Aidilfitri nanti.

Melihat kepada sambutan tersebut, Kekaboo menyasarkan jualan RM5 juta sempena Aidilfitri tahun ini.

Sementara itu, pengasas bersama jenama Kekaboo, Nur Hazwani Zainal berkata, sebagai salah sebuah syarikat fesyen tudung yang cukup dekat di hati rakyat, mereka terpanggil untuk menyahut seruan kerajaan dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan.

“Setiap sektor memainkan peranan masing-masing untuk menyokong inisiatif ini, jadi kami sebagai pengusaha tudung mahu wanita tampil cantik dengan menawarkan harga mampu milik.

See also  Block moves to normalise ties with Israel, say Muslim scholars

“Terdapat dua koleksi tudung Rahmah yang ditawarkan iaitu Ladorra Bawal Rahmah dan Lea Miranda Bawal Rahmah,” ujarnya.

Memperincikan lebih lanjut mengenai bawal Rahmah itu, Nur Hazwani memberitahu, Ladorra Bawal Rahmah menggunakan fabrik kapas dengan menampilkan 50 rekaan pelbagai corak dan warna.
Lea Miranda Bawal Rahmah pula menggunakan fabrik sifon dan menawarkan 23 rekaan.

Kesemua bawal Rahmah itu didatangkan dengan corak flora, abstrak dan warna lebih menyerlah (bold) dengan saiz bidang 45 plus.

Di samping itu, dalam memberi variasi kepada koleksi Aidilfitri, Kekaboo juga menawarkan tiga lagi koleksi iaitu Lady boss Menjelang Raya, Mekar Raya dan Tulus Bidang 50.

Ketiga-tiga koleksi itu menampilkan 64 rekaan yang masing-masing dijual bermula RM25 hingga RM35 mengikut saiz bidang dan fabrik yang digunakan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan koleksi tudung raya Kekaboo boleh membeli di laman webnya atau menerusi ejen berdaftar dan reseller.

Sehingga kini, terdapat sebanyak 7,000 ejen berdaftar dan 400 reseller tudung bawal jenama itu di seluruh negara.


Tudung bawal Rahmah cantik, mampu milik 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo